Monday, 5 December 2011

Cappuchinno mocha [12]

Lara tersenyum saat melihat Ti'a yg mengiringinya keluar dari panggung wayang.Entah kenapa hatinya riang sekali.Tak pernah pula dia rasa setenang perasaan ini.Walaupun dia tahu gadis itu melayan dia endah dan tidak je.Dia tetap senang.haha.Dulu pun kalau menemani bekas kekasihnya menonton wayang tak ada pula perasaan sebegini.'pelik'.Dan dia tak faham dengan dadanya yg dari tadi lagi tak berhenti berdegup kencang.Tak kan dia suka pada gadis garang ni??Memang TAK la kan.Setahu dia,bukan taste dia nak gadis gans-ganas ni.'NOT my type la buddy..' ceh ceh berlagak!

"Best kan cite tadi?Sweet kan?"
Ti'a cuma mengangguk.Dia mengerling Lara disebelahnya.Tak habis-habis dengan tersenyum.Macam monkey je!
"Kalaulah ada manusia yg ikhlas mencintai seseorang macam hero tadi tu.Mesti bahagia je kan mencintai." Lara berkata perlahan.Ti'a sepi.Dia cuma mendengar dan totally dia tak faham.
"Cinta tu pelik.Bila dua manusia mencintai,berjanji tapi tiba-tiba bila menggapai kebahagiaan..ditinggalkan pula hati itu terluka sepi..emm.." Lara mengeluh lagi.Entah kenapa hati dia emosi pula bila berbicara soal cinta.
"Tak semua cinta bahagia memiliki." Sampuk Ti'a.
"Tapi..Em..kenapa?"
"Entah.." Ti'a menggeleng.Malas dia mahu membicarakan soal kelukaan.Peritnya masih bersisa. "OOOh..Anyway thanks...er,aku rasa tak perlu nak cakap terima kasih tapi dah memang kau yg bayar.thanks la kan." Ujar Ti'a perlahan.Wajahnya dikalihkan.Tidak senang rasanya dia menatap mata manusia yg sedang merenungnya itu.
'Kenapa mamat ni tenung aku?Rimas betul!'
"Tu je?"
"Habis kau nak aku cakap apa lagi?" Berkerut dahi Ti'a dibuatnya.
"Em,tak lah...i just asking.janganla marah.heeeee...." Lara senyum panjang.
"Ape kes pulak aku nak marah kau?"
"Mana tahu..Saya tanya je wak.Awak ni garang sangat." Lara menekup mulutnya.
'Ops!Aku dah ter....'
"Aku apa??garang??" Ti'a mula menyerigai.Giginya diketap kemas.Matanya mencerlung ke anak mata Lara.
"Eh..er..saya bukan..saya.."
"Apa?apa?Aku dah tolong belikan tiket untuk kau pun dah cukup baik!Aku baik dengan kau berani kau cakap aku garang??Kau ni memang dah lama tak rasa flying kiss apa?"
"Flying kiss??Awak nak bagi saya?" Lara tersenyum.Entah kenapa dia rasa gembira.
"Kau ni!!!!!!!"
'BUUK'
"Arghh!Sakit!!" Jerit Lara lalu terencot encot menahan sakit di kakinya.
"Deserve you!!" Lantas Ti'a melangkah keluar menuju ke pintu entry.Malas mahu melayan Lara.Di bengang!Arghhhh!Entah apa kena hatinya yg satu ni.Dahlah mangkuk ayun tu buat dia marah tapi bolehlah pula kan hati ni duk berdebar entah meroyan apa!Macam nak lempang2 je.Kalau lah boleh kan??Hurm...
"Eh...Nooora.I'm sorry!" Tapi Ti'a tidak sedikit pun berpaling.
"Nora....!!WAIT!!!!" jerit Lara.Dan seperti tadi wajah itu langsung tidak menoleh.Lara menggaru-garu kepalanya yg tidak gatal. 'Aku salah cakap ke?'
Dan akhirnya kelibat itu hilang ditenggelami figura-figura manusia yg terlalu ramai.Lara mengeluh perlahan.
"Kenapalah aku tak kejar?Aiseh!No hp tak de!Bodoh la!Apa lah kau ni L!Fail betul!Mulut aku ni alahai!L..L..apalah bodoh kau ni!Perempuan cipan cam tu pun kau tak boleh mengayat.what??usha?ganas tu?.Mak aish!!Tak tak aku nak member je....heh!" Bebel Lara sendiri.Sekejap-sekejap kelihatan dia menggeleng sendiri.Gila apa!Hurm....



*****