Thursday, 14 July 2011

Cappuchinno mocha [8]

Nafasnya turun naik.Tercungap-cungap dibuatnya.Rasa marah masih tak hilang.Rasa menyampah dan rasa geram.Ti'a mundar mandir di sekitar Midvalley Mall sendiri.Sejak dua menjak ni ada saja perkara yang menyakitkan hati berlaku.Ti'a mendengus.Disepitkan rambut depannya yang panjang ke belakang.2 jam menunggu Shrill buat dia penat.Akhirnya tak juga datang.Seperti biasa alasan Shrill,dia busy.Ti'a sudah lali dan jemu.Dulu semasa mereka masih bersama,itu jugak alasan yang shrill gunakan.Dia dah bosan!

''Kalau aku tahu,tak payah aku datang mid ni.Bodoh!!Kau pun satu Ti'a sibuk je lagi terhegeh-hegeh kat si shrill tu!Past is past TI'A!" Marah Ti'a kepada diri sendiri.Dia akui di hati masih bersisa rasa cinta untuk Shrill kekasih hati yang dulu dipuja.Tapi entah mana silap dia dan mungkin dia tak secantik selena girlfriend baru shrill,mereka berpisah.Dia akur dengan takdir itu.Dia cukup faham,hubungan dia dan shrill walau andai kata bertahan.Tapi sampai bila?Dia dan 'Shrillyn' tak kan kemana.

Tapi dia masih juga ingat bagaimana saat mula-mula dia dan Shrill bercinta.Semuanya indah.Tiada yang terkurang.Walau dasarnya shrill bukan sekacak kaum adam,tapi cukup mampu menggetarkan naluri wanitanya.Dia suka cara shrill melayani karenahnya.Dia suka cara shrill senyum dengannya.Shrill romantis.Tak penah berkata-kata kesat.Marah pun tak pernah.Cuma dia saja yang sering naik angin.Tapi Shrill dengan tenang memujuknya..Ya!Dia rindu bekas kekasihnya itu.Hatinya hancur lagi.Setiap kali mengingati kebaikan Shrill,luka lama terobek kembali.Shrill yang dianggap jujur dan tenang,rupanya tak pernah setia.Dia cuma peneman suka-suka.Cinta?Entah kan ada atau tidak dia bertahta di hati Shrill.Argh!!!!!Ti'a mula rimas!Dia tak mahu kalah dengan cerita lama.Kisah lama harus ditutup dan dia tak mahu ingat.Biarlah dia dan Shrill kini sahabat.Walau ada di hati masih tersimpan rasa,biarlah.Itu buku lama!!

Keluhan demi keluhan keluar dari bibir merah Ti'a.Tanpa sedar ketika dia dia hendak masuk ke lorong untuk ke tandas,dia tak sengaja terlanggar seseorang.Tapi angin marahnya yang tak terlepas kini dilepaskan pada orang yang bukan bersalah.

"Hoi!!Buta ke ape??" Jerit Ti'a lantang.
"Eh,kau yang buta!!!!!!Mata letak kat lutut ape??"
"eh,eh pompuan ni...aku siku kang!!Mata aku ni cukup nampak.kau yg bute langgar aku!" Tuduh Ti'a.Dia ego.Matanya sengaja ditajamkan dan mengerling ke arah perempuan 30an yang lengkap berbaju kebaya biru labuh.
"Ewah kau!Kau langgar orang,now kau nak menuduh pulak.Biadap gile!Ni lah budak sekolah sekarang,tak matang!"
"Ape??Budak sekolah kau kate??Weh aku dah 21 ok!!agak-agaklah makcik!!"
"What???just now u calling me Makcik???Memnag sah kau ni bute!!!!!!!!Aku punya vougue kau kate makcik!Tak sayang mulut ape??" Marah permpuan tersebut.Pantang sungguh sesiapa memanggilnya makcik.
"Eh,dah tua perasan muda la pulak!!Dahsyat makcik ni.Hahaha......"
"Kau kau ni ade yang nak kena!Hei budak sekolah!Kau sekali lagi panggil aku makcik.Aku ganyang-ganyang kau!''
"Really??If u wanna die.So,cubelah ganyang aku!Hahaha..makcik!!!makcik!!" Makin rancak Ti'a menyakat perempuan tersebut.Dalam hatinya dia berkira-kira sendiri mahu mengenakan perempuan tersebut.Saja for fun!Hehehe...
"Kau ni!!!!!!!"
"What makcik??Makcik..makcik..makcik..makcik..makcik...makcik..makcik..makcik..makcik..makcik..makcik..lalala makcik!!!!!!!!" ejek Ti'a puas!
"Erghhhhhhh!!!!!!!!kau...." tia-tiba...
''Stop Zara..stop!!nanti kalau orang nampak..you kena lah.." sampuk satu suara dengan nada lembut dari belakang Ti'a.Ti'a tersentak.Bukan kerana takut ada seseorang tapi kerana suara itu.Dia seakan kenal siapa.Tapi siapa????



'hati akan berdegup kencang seumpama ada magnet penarik kencangan
setiap kali suara itu hadir.Suara yang tak lali didengari
kerana tanpa disedari
ada bunga-bunga mekar di hati.'

No comments:

Post a Comment