"Mana pula minah ni.Haishhh." Keluh Lara lantas menapak pula ke tingkat 3 di sekitar pawagam.Jam tangannya dikerling.
"Dah nak magrib,memang tak de lah dia da.Lagi pun dia memang dah cakap dia nak balik.Asal la aku ni tak perasan.Buang masa je datang sini.Huh!" Omel Lara sendiri.Mulutnya terkumat kamit membebel sendiri.Entah apa pula yang dimimpi,kakinya laju menyusun langkah ke kaunter pawagam GSC,Midvalley.
"Yes,sir may i help u?" Tanya pekerja perempuan kaunter tiket.
"Em,1 ticket for Sekali lagi cinta please at 7.10."
"Sorry,sir.sekali lagi cinta?'' Ulang pekerja perempuan tersebut seakan tidak percaya.Dahinya berkerut-kerut.
"Yes,1 ticket for sekali lagi cinta please." ulang Lara lantas tersenyum.
"Sure?" tanya pekerja perempuan itu lagi seolah-olah memang tak percaya.Lara menarik nafas seketika sedalam-dalamnya.
'Apa masalah dia ni?'
''Yes for sure miss." Jawab Lara dan masih tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
"Biar betul mamat ni.tengok cerita jiwang.Tak leh blah........Hm...ok,so ticket sekali lagi cinta,at 7.10 1?please choose where u want seat please." selamba pekerja perempuan tersebut mengutuk di hadapan Lara.Lara cuma diam menahan geram.Kalau diikutkan hati panasnya dah lama dia balas ayat sedap.
"Seat F9."
"Tapi.Em,ni seat twin."
"Eh,twin?Kenapa pulak?I mintak single kan for 1 ticket."
"Lah,memang lah tapi yg sir pilih twin.Tak bolehla ni."
"Huh.wait.I tak faham.Ok,if ni twin.So,i cancel.Then let me know mana seat single for 1 person.Ok?" Lara sudah mengetap bibir.Tak faham betul dia dengan pekerja perempuan di hadapannya ni.
"Aiseh,janganla berlagak sangat.Namapak handsome tapi sengkek.Cakap twin seat dah menggelabah lebih." bebel Pekerja perempuan itu lagi.
"What the...?''
"Oii perempuan kau ni pe kes?Kerja la weh!Suke hati dia la nak seat ape pun.Duit dia.Yang kau membebel macam makcik2 kat pasar malam ni kenapa?Lama kot orang lain beratur!" Marah satu suara dari belakang.Lara memalingkan wajahnya.Suara itu makin hampir disisinya.
'Nora?' tapi cuma dalam hati.
"Eh.suka hati akula.Nak cakap ape.Kau ni siapa?" balas pekerja perempuan itu.Lagaknya berlebihan.
"Nenek kau!Kau ni kerja pun sempat lagi mulut macam pisau.Hurm...tak leh blah..Dah!Bagi je seat F9 F8 twin seat tu.Jangan cakap banyak!Serabut kau ni!" Tengking Ti'a lantas menghulurkan not RM 50.
"Nah.ka...." belum sempat pekerja perempuan itu membalas.Lara terlebih dahulu bertindak selepas mengambil tiket di atas kaunter.
''Keep the change!" Lalu Lara melangkah meninggalkan Ti'a dan pekerja wanita itu terpinga-pinga.
"WHAT??" Ti'a yg baru tersedar cepat mengejar Lara dari belakang.
''Hoi!ada ke keep the change??Duit aku tu!Kau ni aku dah tolong tak reti nak terima kasih langsung!" Marah Ti'a.
"Em,sorry.Nah." Lantas Lara mengeluarkan 2 keping Not RM 50 dan meletakkan di atas tapak tangan Ti'a.
''Ha?Apasal lak RM 100?jap-jap.Aku tak suruh kau bayar balik pun.Aku cuma tak puas hati kenapa kau tak ambik baki!"
"Kan saya cakap keep the change kat perempuan tu.Kesian dia banyak cakap sangat.Mesti air liur dah habis.Mulut macam nenek tempayan kan.Atleast bolehlah beli air balance tu." Selamba Lara menjawab.Wajahnya nampak tenang bersahaja.
"Amboi kau!Masalahnya itu duit aku...."
"Shhh...dah,stop ok.Kan saya dah bagi RM100 ni.Saya ganti balik.Awak tak payah fikir dah,anggap je duit awak tak luak."
"What??Hello!Tiket tu...."
"Shhh..banyak nye awak ni cakap..dah tu kuatnya.Tak penat ke?Hahaha..awak pun dah MACAM nenek tempayan jugak saya tengok." Tegur Lara lantas menggelakkan Ti'a yang sedang berdiri tegak di hadapannya.
"Nenek tempayan?Hei!Aku tanya tiket tu je.Aku nak jugak.Dah lah lama beratur.Penat tunggu kau beli tiket lama gila dengan perempuan tu yg terhegeh-hegeh lagi.Kau ni...." Sekali lagi ayat Ti'a tak sempat dihabiskan.Jari-jemari Lara cepat meniti ke biir Ti'a.
"Shhh....hhhh...awak...dah ok...shhhh....jangan cakap dah..." Ti'a terkedu.Dia kaku.Muka Lara dekat dengannya.Hingga mampu dia lihat anak mata Lara yang berwarna coklat merenung terus tepat ke dalam anak matanya.Jantung Ti'a semakin berdegup kencang.Terkulat-kulat dia dibuatnya.
"Awak...tiket ni sekali.Kan twins seat.Jadi,jom masuk sama-sama and enjoy the movie.No more argue ok.Kesian awak banyak sangat cakap mesti penat kan.Saya belikan coke dengan popcorn ok." Lara menghulurkan senyuman buat Ti'a.Gadis itu kaku dihadapannya kini.
''Milo." tiba-tiba Ti'a bersuara dengan nada perlahan.
Lara tersenyum lantas melangkah ke kaunter membeli makanan dan minuman.Ti'a yang sendiri diam seribu bahasa.Dia terkejut dengan tindakan Lara sebentar tadi.Pipinya merah menahan malu.Dia keliru,jantungnya berdegup makin laju.Tangannya diletakkan rapi ke dada.Didekap kemas.
'Lajunya jantung aku.Hati aku rasa ermm.......Argh!!Aku ni kenapa??' Jerit Ti'a sendiri di dalam hati.Dia menapak perlahan-lahan ke pintu masuk hall GSC.
''Sorry buat awak tertunggu-tunggu.Jom masuk hall 3." Ujar Lara lembut.Ti'a cuma diam dan mengekorinya tanpa sepatah perkataan.
'Haik!Bisu dah ke dia ni?Diam je.Tadi punyala pot pet.Em,tapi nape pulak muka dia merah semacam ek?Hurrmmmm.....tapi nevermind.akhirnya dapat jugak aku jumpa dia.' soal Lara sendiri di dalam hati.Lantas dia tersenyum sendiri.Entah kenapa ada bunga-bunga kecil mewangi mewarnai hatinya sendiri.Lara sendiri tidak mengerti.
"Kadangkala ada senyuman dan perasaan datang tanpa kita sedari.Hadir memberi tanda tanya tapi tak pula punya jawapannya.Rasa tak ingin dibuang rasa itu.Dan semahu-mahunya kita mahu simpan terus agar selalu ia berseri-seri di hati."