Wednesday, 10 August 2011

Cappuchinno mocha [10]

Sesampai sahaja di Teratak tercinta,Lara menemani Opahnya minum petang di halaman rumah.Mak Yam menyediakan Minuman Cappuchino Mocha panas kegemaran Lara dan opahnya bersama kuih muih tradisi melayu,Kuih koci dan acara.

"Terima Kasih Mak Yam buatkan Cappuchi Mocha ni.Tapi kan...."
"lag best kalau blended kan?" Sampuk Mak Yam.Lara cuma tersenyum nakal.
''Pandailah Mak Yam ni!Ni yg L saaayang sangat dekat Mak Yam tau.Moh pelok-pelok!" Ujar Lara lantas dipeluk Mak Yam yang montel itu.
"Haip!Jangan lama-lama.Bini Pak Mat tu.Jealous pulak nanti Pak Mat." Tegur Opah lantas ketawa melihat tingkah laku Lara dan Mak Yam yang mesra.
"Alah,mana ada Pak Mat jealous tengok L peluk Mak Yam.Pak Mat dah jemu la Opah.Ha!Ke Opah yg jealous ni?L tak peluk Opah.Hahahaha..." sakat Lara lantas memeluk Opahnya pula.
''Kamu ni L,ada je nak sakat orang dalam rumah ni ye?" tegur Mak Yam lantas tersenyum panjang.Dia lega Lara dah kembali ceria seperti dulu.Tak seperti mingu-minggu yg lalu.Murung dan emosi tak menentu.Risau dibuatnya.Satu rumah kelam kabut memikirkan kemurungan Lara.
''Hm,tak de la Mak Yam,L just nak Opah cerita pasal anak aunty Ku Tiz Zuhana.Lara pelik bila opah macam concern sgt.Kenapa opah?" tanya Lara terus terang.
"Oh,patutlah manja semacam ni ye dengan Opah?Nak suruh Opah bercerita.Pandai betul cucu Opah ni."
"Hahaha...mestila..like grandmother like grandchildren la opah..hehehe.." Cepat je Lara bersemangat untuk mendengar cerita dari opahnya.
"Mak Yam pun nak dengar jugak bonda ku." Mak Yam membuat mimik muka seketika.Lantas memecahkan gelak tawa mereka bertiga.
''hahaha..Yam Yam,kalau bonda tak bagi pun kamu dengar juga.Marilah duduk sama ni.hehehe...." Tegur Opah.Opah dah menganggap Mak Yam sama seperti saudara kandungnya.Malah tak pernah diasingkan Mak Yam.Wanita ini cukup disayanginya.
"Ok-ok.Sila-sila cerita opah.We ready now." Bersemangat Lara mahu mendengar cerita tentang 'Ku Ti'a Ryanis'. Entah kenapa dia tertarik dengan nama itu dan mungkin dengan gadis bernama 'Ku Ti'a Ryanis.' Di hati kecilnya masih mengharap Gadis yg menyatakan dia adalah 'Nora' itu adalah 'Ku Ti'a Ryanis'. Entah kenapa dia mahu begitu. PELIK!

***

"Dulu Opah kenal Ku Tiz zuhana masa Opah belajar dekat Uk,Ku Tiz ni baik orangnya.Lemah lembut.Ku tiz ni lepas kahwin dengan Tengku Amir,dapat seoarng anak perempuan nama Ku Ti'a Ryanis. Orangnya pun cantik.Putih macam bonda dia.Hurm..tapi sayang..Ku ti'a jadi anak yatim masa umur dia 15 tahun.Ayah dia kemalangan masa di Us,dan paling sedih mayat tak dijumpai.Ku ti'a habis-habisan tentang bila orang cakap ayahnda dia dah tak de.Dia tak percaya dan tak dapat terima hakikat bila setengah tahun lepas kemalangan tu,Ku tiz kahwin lain dengan duda businessman beranak 2.Ku Ti'a memang berubah.Dia tak boleh terima kenyataan bonda dia boleh lupa ayahnda dia macam tu je.Bila papa tiri dia nak hantar dia belajar kat Japan,dia tak nak.Tapi dipaksa.Opah ada time Ku ti'a merayu dekat Ku Tiz supaya jangan hantar dia kesana.Tapi,Ku Tiz tak cakap apa-apa dan Ku Tiz tak halang pun suami baru dia nak hantar Ku Ti'a belajar ke sana.Ku Ti'a kecewa sangat.Yelah,budak umur 16 tahun nak kena hantar belajar luar negara,sedihlah.Tapi..Yang Opah tahu,Ku Ti'a tetap pergi Japan tu Cuma  entah bila Ku Tiz dan suami dia datang melawat Ku Ti'a dekat Japan..dia orang dapat tahu Ku Ti'a dah lama berhenti dan hilang.Ku Ti'a tak tahu pergi kemana.Now,Dah hampir 5 tahun Ku Ti'a hilang tanpa jejak.Sebab tu opah yakin,perempuan tadi tu Ku Ti'a.Wajah mereka sama.Tapi Dulu Ku Ti'a tu rambutnya pendek.Ni tadi budak perempuan tu panjang.Dan lain dari segi pakaian.Tu je.Opah bukan apa.kesian pulak Opah bila tengik sekarang ni Ku Tiz tu tercari-cari anak dia.Opah ingat kalau bidak tadi tu betul Ku Ti'a..Opah nak suruh dia balik jumpa bonda dia.Kesian tengok Ku Tiz sekarang sakit dan keadaan pun tak tentu hala.Rindu sangat dekat satu-satunya anak dia."


''Kenapa kejam sangat Aunty Ku Tiz tu opah?Kan Ku ti'a tak nak pergi." Tanya Lara berkerut-kerut.Dia berasa simpati pula dengan keadaan Ku Ti'a Ryanis.
"Entahlah L.Opah pun tak faham kenapa Ku Tiz nekad dengar cakap suami baru dia tu.Sampai sanggup kan macam tu.Sekarang bila dah hilang anaknya,barulah menyesal.Hurmmm...'' Keluh Opah.
"Tu la kan Bonda ku..'sesal dahulu pendapan,sesal kemudian tak berguna.' nasi dah jadi bubur." Sampuk Mak Yam.
"Opah kesiankan Ku Ti'a tu je.Opah rasa sedih sangat bila teringat muka dia menangis-nangis masa bila dapat tahu dia kena hantar belajar ke japan tu.Luruh hatu Opah.Tapi tu lah,Opah ni orang luar.Nak nasihat Ku Tiz tu bukannya mahu dengar."
''Opah ada gambar Ku Ti'a?" Tanya Lara seakan berminat.
''Ada tu ada tapi gambar lama L.Nanti Opah tengok kat dalam album Opah lama.Rasanya Opah ada bawak."
"Ok,nanti opah cari tau!L nak tengok.Boleh kan?"
"Em,boleh..apa saja untuk cucu Opah ni."
"Hurm,opah rasa betul ke budak tadi tu Ku ti'a?'' Tanya Lara dengan penuh harapan.
"Entahlah L.Opah tak tahu.Dah dia kata nama dia nora kan."
"Emm.Tak pe.Kite tengok nanti ok Opah!" Senyum Lara dengan penuh pengertian.
"Kamu nak buat apa L??'' Tanya Mak Yam menyibuk.
"Rahsia!Dah jom makan,opah..mak yam!"
"L..jangan buat bukan-bukan.Tu anak dara orang." Pesan Opah.
"Baik Opah!HEHEHE..L tak buat..L cuba je..hahaha.." Lantas lara bangun dari duduknya dan menapak ke arah motor kesayangannya 'Kawasaki ZX'.
"Eh,L nak kemana tu??" serentak dua wanita kesayangannya itu bertanya.
"Adalah.Hehehe."
"L,kuih ni x makan lagi.Cappuchino mocha ni tak habis ha!" Jerit Mak Yam.
"Simpan bagi Pak Mat jelah!Bubye!!hehehe.." Jawab Lara lantas menderumkan enjin Kawasakinya dan meninggalkan kawasan rumahnya.
''Ish budak ni kalau dah kata dia,kata dialah." Omel Mak Yam.
''Biasalah Yam.Pedulikanlah budak tu.'' ucap Opah.
"Tapi kenapa dia berminat sangat pasal anak Ku Tiz tu bonda ku?"
''Entah la.Berkenan agaknya."
"Ish ada ke Bonda ku ni.Mana boleh."
"Biarlah Yam,budak sekarang ni kita kena faham juga keadaan mereka.Tak elok sangat ditegah.Nanti lain lagi jadinya.Pandailah L tu jaga diri.Bonda yakin dia ok.'' Nasihat Opah.Mak Yam cuma ternganga dan diam tanda mengerti.Malas mahu bertekak pendapat dengan Bonda Tengku Kartina ni.Ada je jawapannya nanti.Sama jelah 'Opahnya dengan cucu' heh!' Omel Mak Yam dalam hati.





No comments:

Post a Comment