Monday, 5 December 2011

Cappuchinno mocha [12]

Lara tersenyum saat melihat Ti'a yg mengiringinya keluar dari panggung wayang.Entah kenapa hatinya riang sekali.Tak pernah pula dia rasa setenang perasaan ini.Walaupun dia tahu gadis itu melayan dia endah dan tidak je.Dia tetap senang.haha.Dulu pun kalau menemani bekas kekasihnya menonton wayang tak ada pula perasaan sebegini.'pelik'.Dan dia tak faham dengan dadanya yg dari tadi lagi tak berhenti berdegup kencang.Tak kan dia suka pada gadis garang ni??Memang TAK la kan.Setahu dia,bukan taste dia nak gadis gans-ganas ni.'NOT my type la buddy..' ceh ceh berlagak!

"Best kan cite tadi?Sweet kan?"
Ti'a cuma mengangguk.Dia mengerling Lara disebelahnya.Tak habis-habis dengan tersenyum.Macam monkey je!
"Kalaulah ada manusia yg ikhlas mencintai seseorang macam hero tadi tu.Mesti bahagia je kan mencintai." Lara berkata perlahan.Ti'a sepi.Dia cuma mendengar dan totally dia tak faham.
"Cinta tu pelik.Bila dua manusia mencintai,berjanji tapi tiba-tiba bila menggapai kebahagiaan..ditinggalkan pula hati itu terluka sepi..emm.." Lara mengeluh lagi.Entah kenapa hati dia emosi pula bila berbicara soal cinta.
"Tak semua cinta bahagia memiliki." Sampuk Ti'a.
"Tapi..Em..kenapa?"
"Entah.." Ti'a menggeleng.Malas dia mahu membicarakan soal kelukaan.Peritnya masih bersisa. "OOOh..Anyway thanks...er,aku rasa tak perlu nak cakap terima kasih tapi dah memang kau yg bayar.thanks la kan." Ujar Ti'a perlahan.Wajahnya dikalihkan.Tidak senang rasanya dia menatap mata manusia yg sedang merenungnya itu.
'Kenapa mamat ni tenung aku?Rimas betul!'
"Tu je?"
"Habis kau nak aku cakap apa lagi?" Berkerut dahi Ti'a dibuatnya.
"Em,tak lah...i just asking.janganla marah.heeeee...." Lara senyum panjang.
"Ape kes pulak aku nak marah kau?"
"Mana tahu..Saya tanya je wak.Awak ni garang sangat." Lara menekup mulutnya.
'Ops!Aku dah ter....'
"Aku apa??garang??" Ti'a mula menyerigai.Giginya diketap kemas.Matanya mencerlung ke anak mata Lara.
"Eh..er..saya bukan..saya.."
"Apa?apa?Aku dah tolong belikan tiket untuk kau pun dah cukup baik!Aku baik dengan kau berani kau cakap aku garang??Kau ni memang dah lama tak rasa flying kiss apa?"
"Flying kiss??Awak nak bagi saya?" Lara tersenyum.Entah kenapa dia rasa gembira.
"Kau ni!!!!!!!"
'BUUK'
"Arghh!Sakit!!" Jerit Lara lalu terencot encot menahan sakit di kakinya.
"Deserve you!!" Lantas Ti'a melangkah keluar menuju ke pintu entry.Malas mahu melayan Lara.Di bengang!Arghhhh!Entah apa kena hatinya yg satu ni.Dahlah mangkuk ayun tu buat dia marah tapi bolehlah pula kan hati ni duk berdebar entah meroyan apa!Macam nak lempang2 je.Kalau lah boleh kan??Hurm...
"Eh...Nooora.I'm sorry!" Tapi Ti'a tidak sedikit pun berpaling.
"Nora....!!WAIT!!!!" jerit Lara.Dan seperti tadi wajah itu langsung tidak menoleh.Lara menggaru-garu kepalanya yg tidak gatal. 'Aku salah cakap ke?'
Dan akhirnya kelibat itu hilang ditenggelami figura-figura manusia yg terlalu ramai.Lara mengeluh perlahan.
"Kenapalah aku tak kejar?Aiseh!No hp tak de!Bodoh la!Apa lah kau ni L!Fail betul!Mulut aku ni alahai!L..L..apalah bodoh kau ni!Perempuan cipan cam tu pun kau tak boleh mengayat.what??usha?ganas tu?.Mak aish!!Tak tak aku nak member je....heh!" Bebel Lara sendiri.Sekejap-sekejap kelihatan dia menggeleng sendiri.Gila apa!Hurm....



*****




Thursday, 11 August 2011

Cappuchinno mocha [11]

Di sekitar Midvalley,Lara mencari kelibat seseorang.Hampir setengah jam dia merayau-rayau dan terus mencari.Tapi malangnya tak jumpa juga wajah manusia yang dicarinya.

"Mana pula minah ni.Haishhh." Keluh Lara lantas menapak pula ke tingkat 3 di sekitar pawagam.Jam tangannya dikerling.
"Dah nak magrib,memang tak de lah dia da.Lagi pun dia memang dah cakap dia nak balik.Asal la aku ni tak perasan.Buang masa je datang sini.Huh!" Omel Lara sendiri.Mulutnya terkumat kamit membebel sendiri.Entah apa pula yang dimimpi,kakinya laju menyusun langkah ke kaunter pawagam GSC,Midvalley.
"Yes,sir may i help u?" Tanya pekerja perempuan kaunter tiket.
"Em,1 ticket for Sekali lagi cinta please at 7.10."
"Sorry,sir.sekali lagi cinta?'' Ulang pekerja perempuan tersebut seakan tidak percaya.Dahinya berkerut-kerut.
"Yes,1 ticket for sekali lagi cinta please." ulang Lara lantas tersenyum.
"Sure?" tanya pekerja perempuan itu lagi seolah-olah memang tak percaya.Lara menarik nafas seketika sedalam-dalamnya.
 'Apa masalah dia ni?'
''Yes for sure miss." Jawab Lara dan masih tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
"Biar betul mamat ni.tengok cerita jiwang.Tak leh blah........Hm...ok,so ticket sekali lagi cinta,at 7.10 1?please choose where u want seat please." selamba pekerja perempuan tersebut mengutuk di hadapan Lara.Lara cuma diam menahan geram.Kalau diikutkan hati panasnya dah lama dia balas ayat sedap.
"Seat F9."
"Tapi.Em,ni seat twin."
"Eh,twin?Kenapa pulak?I mintak single kan for 1 ticket."
"Lah,memang lah tapi yg sir pilih twin.Tak bolehla ni."
"Huh.wait.I tak faham.Ok,if ni twin.So,i cancel.Then let me know mana seat single for 1 person.Ok?" Lara sudah mengetap bibir.Tak faham betul dia dengan pekerja perempuan di hadapannya ni.
"Aiseh,janganla berlagak sangat.Namapak handsome tapi sengkek.Cakap twin seat dah menggelabah lebih." bebel Pekerja perempuan itu lagi.
"What the...?''
"Oii perempuan kau ni pe kes?Kerja la weh!Suke hati dia la nak seat ape pun.Duit dia.Yang kau membebel macam makcik2 kat pasar malam ni kenapa?Lama kot orang lain beratur!" Marah satu suara dari belakang.Lara memalingkan wajahnya.Suara itu makin hampir disisinya.
 'Nora?' tapi cuma dalam hati.
"Eh.suka hati akula.Nak cakap ape.Kau ni siapa?" balas pekerja perempuan itu.Lagaknya berlebihan.
"Nenek kau!Kau ni kerja pun sempat lagi mulut macam pisau.Hurm...tak leh blah..Dah!Bagi je seat F9 F8 twin seat tu.Jangan cakap banyak!Serabut kau ni!" Tengking Ti'a lantas menghulurkan not RM 50.
"Nah.ka...." belum sempat pekerja perempuan itu membalas.Lara terlebih dahulu bertindak selepas mengambil tiket di atas kaunter.
''Keep the change!" Lalu Lara melangkah meninggalkan Ti'a dan pekerja wanita itu terpinga-pinga.
"WHAT??" Ti'a yg baru tersedar cepat mengejar Lara dari belakang.
''Hoi!ada ke keep the change??Duit aku tu!Kau ni aku dah tolong tak reti nak terima kasih langsung!" Marah Ti'a.
"Em,sorry.Nah." Lantas Lara mengeluarkan 2 keping Not RM 50 dan meletakkan di atas tapak tangan Ti'a.
''Ha?Apasal lak RM 100?jap-jap.Aku tak suruh kau bayar balik pun.Aku cuma tak puas hati kenapa kau tak ambik baki!"
"Kan saya cakap keep the change kat perempuan tu.Kesian dia banyak cakap sangat.Mesti air liur dah habis.Mulut macam nenek tempayan kan.Atleast bolehlah beli air balance tu." Selamba Lara menjawab.Wajahnya nampak tenang bersahaja.
"Amboi kau!Masalahnya itu duit aku...."
"Shhh...dah,stop ok.Kan saya dah bagi RM100 ni.Saya ganti balik.Awak tak payah fikir dah,anggap je duit awak tak luak."
"What??Hello!Tiket tu...."
"Shhh..banyak nye awak ni cakap..dah tu kuatnya.Tak penat ke?Hahaha..awak pun dah MACAM nenek tempayan jugak saya tengok." Tegur Lara lantas menggelakkan Ti'a yang sedang berdiri tegak di hadapannya.
"Nenek tempayan?Hei!Aku tanya tiket tu je.Aku nak jugak.Dah lah lama beratur.Penat tunggu kau beli tiket lama gila dengan perempuan tu yg terhegeh-hegeh lagi.Kau ni...." Sekali lagi ayat Ti'a tak sempat dihabiskan.Jari-jemari Lara cepat meniti ke biir Ti'a.
"Shhh....hhhh...awak...dah ok...shhhh....jangan cakap dah..." Ti'a terkedu.Dia kaku.Muka Lara dekat dengannya.Hingga mampu dia lihat anak mata Lara yang berwarna coklat merenung terus tepat ke dalam anak matanya.Jantung Ti'a semakin berdegup kencang.Terkulat-kulat dia dibuatnya.
"Awak...tiket ni sekali.Kan twins seat.Jadi,jom masuk sama-sama and enjoy the movie.No more argue ok.Kesian awak banyak sangat cakap mesti penat kan.Saya belikan coke dengan popcorn ok." Lara menghulurkan senyuman buat Ti'a.Gadis itu kaku dihadapannya kini.
''Milo." tiba-tiba Ti'a bersuara dengan nada perlahan.
Lara tersenyum lantas melangkah ke kaunter membeli makanan dan minuman.Ti'a yang sendiri diam seribu bahasa.Dia terkejut dengan tindakan Lara sebentar tadi.Pipinya merah menahan malu.Dia keliru,jantungnya berdegup makin laju.Tangannya diletakkan rapi ke dada.Didekap kemas.
 'Lajunya jantung aku.Hati aku rasa ermm.......Argh!!Aku ni kenapa??' Jerit Ti'a sendiri di dalam hati.Dia menapak perlahan-lahan ke pintu masuk hall GSC.
''Sorry buat awak tertunggu-tunggu.Jom masuk hall 3." Ujar Lara lembut.Ti'a cuma diam dan mengekorinya tanpa sepatah perkataan.
 'Haik!Bisu dah ke dia ni?Diam je.Tadi punyala pot pet.Em,tapi nape pulak muka dia merah semacam ek?Hurrmmmm.....tapi nevermind.akhirnya dapat jugak aku jumpa dia.' soal Lara sendiri di dalam hati.Lantas dia tersenyum sendiri.Entah kenapa ada bunga-bunga kecil mewangi mewarnai hatinya sendiri.Lara sendiri tidak mengerti.



"Kadangkala ada senyuman dan perasaan datang tanpa kita sedari.Hadir memberi tanda tanya tapi tak pula punya jawapannya.Rasa tak ingin dibuang rasa itu.Dan semahu-mahunya kita mahu simpan terus agar selalu ia berseri-seri di hati."

Wednesday, 10 August 2011

Cappuchinno mocha [10]

Sesampai sahaja di Teratak tercinta,Lara menemani Opahnya minum petang di halaman rumah.Mak Yam menyediakan Minuman Cappuchino Mocha panas kegemaran Lara dan opahnya bersama kuih muih tradisi melayu,Kuih koci dan acara.

"Terima Kasih Mak Yam buatkan Cappuchi Mocha ni.Tapi kan...."
"lag best kalau blended kan?" Sampuk Mak Yam.Lara cuma tersenyum nakal.
''Pandailah Mak Yam ni!Ni yg L saaayang sangat dekat Mak Yam tau.Moh pelok-pelok!" Ujar Lara lantas dipeluk Mak Yam yang montel itu.
"Haip!Jangan lama-lama.Bini Pak Mat tu.Jealous pulak nanti Pak Mat." Tegur Opah lantas ketawa melihat tingkah laku Lara dan Mak Yam yang mesra.
"Alah,mana ada Pak Mat jealous tengok L peluk Mak Yam.Pak Mat dah jemu la Opah.Ha!Ke Opah yg jealous ni?L tak peluk Opah.Hahahaha..." sakat Lara lantas memeluk Opahnya pula.
''Kamu ni L,ada je nak sakat orang dalam rumah ni ye?" tegur Mak Yam lantas tersenyum panjang.Dia lega Lara dah kembali ceria seperti dulu.Tak seperti mingu-minggu yg lalu.Murung dan emosi tak menentu.Risau dibuatnya.Satu rumah kelam kabut memikirkan kemurungan Lara.
''Hm,tak de la Mak Yam,L just nak Opah cerita pasal anak aunty Ku Tiz Zuhana.Lara pelik bila opah macam concern sgt.Kenapa opah?" tanya Lara terus terang.
"Oh,patutlah manja semacam ni ye dengan Opah?Nak suruh Opah bercerita.Pandai betul cucu Opah ni."
"Hahaha...mestila..like grandmother like grandchildren la opah..hehehe.." Cepat je Lara bersemangat untuk mendengar cerita dari opahnya.
"Mak Yam pun nak dengar jugak bonda ku." Mak Yam membuat mimik muka seketika.Lantas memecahkan gelak tawa mereka bertiga.
''hahaha..Yam Yam,kalau bonda tak bagi pun kamu dengar juga.Marilah duduk sama ni.hehehe...." Tegur Opah.Opah dah menganggap Mak Yam sama seperti saudara kandungnya.Malah tak pernah diasingkan Mak Yam.Wanita ini cukup disayanginya.
"Ok-ok.Sila-sila cerita opah.We ready now." Bersemangat Lara mahu mendengar cerita tentang 'Ku Ti'a Ryanis'. Entah kenapa dia tertarik dengan nama itu dan mungkin dengan gadis bernama 'Ku Ti'a Ryanis.' Di hati kecilnya masih mengharap Gadis yg menyatakan dia adalah 'Nora' itu adalah 'Ku Ti'a Ryanis'. Entah kenapa dia mahu begitu. PELIK!

***

"Dulu Opah kenal Ku Tiz zuhana masa Opah belajar dekat Uk,Ku Tiz ni baik orangnya.Lemah lembut.Ku tiz ni lepas kahwin dengan Tengku Amir,dapat seoarng anak perempuan nama Ku Ti'a Ryanis. Orangnya pun cantik.Putih macam bonda dia.Hurm..tapi sayang..Ku ti'a jadi anak yatim masa umur dia 15 tahun.Ayah dia kemalangan masa di Us,dan paling sedih mayat tak dijumpai.Ku ti'a habis-habisan tentang bila orang cakap ayahnda dia dah tak de.Dia tak percaya dan tak dapat terima hakikat bila setengah tahun lepas kemalangan tu,Ku tiz kahwin lain dengan duda businessman beranak 2.Ku Ti'a memang berubah.Dia tak boleh terima kenyataan bonda dia boleh lupa ayahnda dia macam tu je.Bila papa tiri dia nak hantar dia belajar kat Japan,dia tak nak.Tapi dipaksa.Opah ada time Ku ti'a merayu dekat Ku Tiz supaya jangan hantar dia kesana.Tapi,Ku Tiz tak cakap apa-apa dan Ku Tiz tak halang pun suami baru dia nak hantar Ku Ti'a belajar ke sana.Ku Ti'a kecewa sangat.Yelah,budak umur 16 tahun nak kena hantar belajar luar negara,sedihlah.Tapi..Yang Opah tahu,Ku Ti'a tetap pergi Japan tu Cuma  entah bila Ku Tiz dan suami dia datang melawat Ku Ti'a dekat Japan..dia orang dapat tahu Ku Ti'a dah lama berhenti dan hilang.Ku Ti'a tak tahu pergi kemana.Now,Dah hampir 5 tahun Ku Ti'a hilang tanpa jejak.Sebab tu opah yakin,perempuan tadi tu Ku Ti'a.Wajah mereka sama.Tapi Dulu Ku Ti'a tu rambutnya pendek.Ni tadi budak perempuan tu panjang.Dan lain dari segi pakaian.Tu je.Opah bukan apa.kesian pulak Opah bila tengik sekarang ni Ku Tiz tu tercari-cari anak dia.Opah ingat kalau bidak tadi tu betul Ku Ti'a..Opah nak suruh dia balik jumpa bonda dia.Kesian tengok Ku Tiz sekarang sakit dan keadaan pun tak tentu hala.Rindu sangat dekat satu-satunya anak dia."


''Kenapa kejam sangat Aunty Ku Tiz tu opah?Kan Ku ti'a tak nak pergi." Tanya Lara berkerut-kerut.Dia berasa simpati pula dengan keadaan Ku Ti'a Ryanis.
"Entahlah L.Opah pun tak faham kenapa Ku Tiz nekad dengar cakap suami baru dia tu.Sampai sanggup kan macam tu.Sekarang bila dah hilang anaknya,barulah menyesal.Hurmmm...'' Keluh Opah.
"Tu la kan Bonda ku..'sesal dahulu pendapan,sesal kemudian tak berguna.' nasi dah jadi bubur." Sampuk Mak Yam.
"Opah kesiankan Ku Ti'a tu je.Opah rasa sedih sangat bila teringat muka dia menangis-nangis masa bila dapat tahu dia kena hantar belajar ke japan tu.Luruh hatu Opah.Tapi tu lah,Opah ni orang luar.Nak nasihat Ku Tiz tu bukannya mahu dengar."
''Opah ada gambar Ku Ti'a?" Tanya Lara seakan berminat.
''Ada tu ada tapi gambar lama L.Nanti Opah tengok kat dalam album Opah lama.Rasanya Opah ada bawak."
"Ok,nanti opah cari tau!L nak tengok.Boleh kan?"
"Em,boleh..apa saja untuk cucu Opah ni."
"Hurm,opah rasa betul ke budak tadi tu Ku ti'a?'' Tanya Lara dengan penuh harapan.
"Entahlah L.Opah tak tahu.Dah dia kata nama dia nora kan."
"Emm.Tak pe.Kite tengok nanti ok Opah!" Senyum Lara dengan penuh pengertian.
"Kamu nak buat apa L??'' Tanya Mak Yam menyibuk.
"Rahsia!Dah jom makan,opah..mak yam!"
"L..jangan buat bukan-bukan.Tu anak dara orang." Pesan Opah.
"Baik Opah!HEHEHE..L tak buat..L cuba je..hahaha.." Lantas lara bangun dari duduknya dan menapak ke arah motor kesayangannya 'Kawasaki ZX'.
"Eh,L nak kemana tu??" serentak dua wanita kesayangannya itu bertanya.
"Adalah.Hehehe."
"L,kuih ni x makan lagi.Cappuchino mocha ni tak habis ha!" Jerit Mak Yam.
"Simpan bagi Pak Mat jelah!Bubye!!hehehe.." Jawab Lara lantas menderumkan enjin Kawasakinya dan meninggalkan kawasan rumahnya.
''Ish budak ni kalau dah kata dia,kata dialah." Omel Mak Yam.
''Biasalah Yam.Pedulikanlah budak tu.'' ucap Opah.
"Tapi kenapa dia berminat sangat pasal anak Ku Tiz tu bonda ku?"
''Entah la.Berkenan agaknya."
"Ish ada ke Bonda ku ni.Mana boleh."
"Biarlah Yam,budak sekarang ni kita kena faham juga keadaan mereka.Tak elok sangat ditegah.Nanti lain lagi jadinya.Pandailah L tu jaga diri.Bonda yakin dia ok.'' Nasihat Opah.Mak Yam cuma ternganga dan diam tanda mengerti.Malas mahu bertekak pendapat dengan Bonda Tengku Kartina ni.Ada je jawapannya nanti.Sama jelah 'Opahnya dengan cucu' heh!' Omel Mak Yam dalam hati.





Cappuchinno mocha [9]

Dia terpaku seketika.Jantungnya bergetar hebat.Gila!Wajah itu dekat dengannya,Ye dia sangat mengenali wajah 'lelaki' itu.'Mr.cappuchi'.Hatinya tiba-tiba tersentap.Kenapa ada terdetik perasaan cemburu saat melihat 'dia' bersama wanita yg berusia 30an itu.Kenapa??

"Kau??" itu perkataan pertama yg laju meluncur keluar dari mulut Ti'a.
"Me??" Jawab Lara kembali.
"Korang kenal ke em?L?L kenal budak sekolah yg kurang ajar ni?" Tanya Zara dengan nada sinis.
"Mr.cappuchi ni??Memang tak la!Aku tak kenal dia!Hei,makcik,kau ni dah tua boleh pulak kan tak malu bercinta dengan lelaki muda.Boleh tahan jugak gatal kau ni kan?" Makin lancang mulut Ti'a dibuatnya.Entah apa yg merasuk dia.'cemburu?'mungkin.
"Awak?Do i know you?" Tanya Lara lembut.Fikirannya tak dapat menangkap apa-apa.
"Hei,Kau ni budak sekolah!mulut kau!Ade aku ganyang je kang!L,macam ni you nak halang i?Pantang tau i budak macam ni!'' Teriak Zara lantang.
"Zara..zara..look!You nak bergaduh kat sini ke?jangan bertindak tak melulu la ok." Nasihat Lara.Maklang Lara yg sorang ni memang pantang kalau ada panggilan makcik or auntie.Maklumlah,perasan muda.Susahlah.
''Argh,girlfriend dengan anak ikan sama je!Dua dua menggelabah!" Marah Ti'a.Dia emosi.
"What??Girlfriend??Gila ke!Ni bukan my girl ok.apa yg awak merepek ha?" Tiba-tiba Lara meninggikan sedikit suaranya.Zara cuma tersenyum tanda kemenangan.Ti'a mula bengang.
"Hei!Habis tu ni sugar mummy kau la kan!Mengada auww mengalahkan nyah!"
"Mind ur word miss.Kenapa bahasa awak kasar sangat?''
"What??Kau kenapa?Aku tak cari gaduh dengan kau kan??Aku menyampah dengan makcik ni ha!berlagak mcm la vougue!huh!"
''Awak,sudah la.kenapa awak tak puas hati sgt ni?" Tanya Lara lembut.Dia mengeluh.Cuba meneliti wajah gadis berkulit putih kemerahan di hadapannya ini.Rasa seakan dia mengenali suara itu.Tapi entahlah bila dia dengar.Dia sendiri masih bingung.
"Kau ni kan......''
''Ku Ti'a ryanis?Kamu ke tu?Lamanya Nek ngku tak tgk kamu." Sapa satu suara.Dengan serta merta 3 pasang mata menoleh ke arah suara itu.
"Bonda?Bonda kenal ke budak ni?'' Tanya Zara sinis.
"Ish,ape tak kenalnya.Ni kan anak Ku Tiz zuhana.Betul kamu kan?" tanya Opah kepada gadis dihadapannya.Ti'a cuma menatap lama wajah wanita separuh abad itu. 'siapakah?'
"Anak Ku Tiz?Tak kan lah.bukan ke anak dia dah lama belajar oversea ke bonda?" Soal Zara tanda tidak puas hati.Gadis di hadapannya itu dikerling.Lara cuma diam.Dalam diam itu dia menatap wajah blur 'gadis' yg bernama Ti'a Ryanis.
  'cantiknya' nama dia.secantik tuannya.' bisik hati Lara.Ditenung wajah gadis itu lama. 'Err.Apa aku buat ni?Gila!'
"Itulah bonda tak tahu.Ku Ti'a Ryanis kenapa diam?Salah orang ke nek ngku ni??''
"Hurm,maaf.Puan salah orang.Saya bukan Ku Ti'a Ryanis.Sorry,saya ada hal." Tiba-tiba Ti'a jadi gelisah bila ianya melibatkan nama bonda tersayang.Dia kaget.Lantas ingin menapak.
  'Siapa nek ngku ni?Kenapa dia tahu nama aku?Bonda pun?Teman bonda ke?' fikirannya melayang terkenang wajah bondanya yang putih bersih.
"Sekejap cik,sekejap,nek ngku nak tanya ni.Apa nama kamu?Muka kamu ni sama macam anak kenalan nek ngku.Muka pun sama macam Ku Tiz zuhana.Kalau tak keberatan,nek ngku nak tahu." Ujar Opah lembut.Wajah itu ditatap lama.Entah kenapa hatinya benar ingin tahu.Dia yakin dia pernah mengenali gadis muda ini suatu masa dahulu.
"Nora.Saya Nora.Puan salah orang.Maaf.Puan memang salah orang." Laju mulut Ti'a menjawab.
  'Sorry Nora aku guna nama kau!huhu.' Bisik hati Ti'a sendiri.
''Nora ye?Ok,maaf ye nek ngku silap orang."
"Tu la bonda,kan zara dah cakap bukan perempuan ni.Dah kah kurang ajar dengan Zara tadi.Tak kan la anak Ku Tiz zuhana macam ni.Heh!tak ada class!" Perli Zara.
"Tak baik Zara cakap macam tu dekat budak ni.Bonda tak faham dengan Zara ni la.Mulut tu tak pernah nak cakap baik-baik." Marah Opah.Zara cuma diam dan menjeling ke arah Ti'a.
"Terima kasih,saya pergi dulu Puan." lantas dengan cepatnya Ti'a mengorak langkah dengan laju.Dia mahu proses kembali ingatannya tentang wanita separuh abad itu. 'nek ngku?siapa?aku kenal ke?'
Lara cuma memerhati dalam diam.Dia nampak ada kekeliruan di wajah gadis yang bernama 'NORA'.entah apa yang menariknya tentang gadis itu hingga mampu buat dia melupakan 'luka' di hatinya seketika.
"Tapi bonda yakin,tu anak Ku Tiz Zuhana.Bonda kenal wajah tu." keluh Opah perlahan.
"Kenapa opah beria sangat dengan anak aunty Ku Tiz zuhana tu?" Tanya Lara perlahan sebaik sahaja mendengar Opahnya mengomel sendirian beberapa kali.
"Nanti opah cerita balik nanti.Ha,Zara kamu dah habis shooping dah?Bonda nak balik.Kalau belum,Suruhla L temankan kalau dia nak la.Bonda dah tak larat nak jalan." Ujar Opah perlahan sambil tersenyum.Dia tahu cucunya tak kan mahu meneman Zara yang cerewet.
''Mestila belum Bonda.Zara nak beli New handbag Louis Vilton.L...you..."
"Opah.L nak ikut balik,Aunty Zara you shooping sorang ek.Sorry." Cepat je Lara menyampuk sebelum dia terpaksa mengikut Zara shooping.Dia tak suka sangat melayan karenah maklang time shooping.cerewet!
"Alaaa L..nanti.."
"I SAID NO!'' Lantas cepat-cepat Lara memimpin tangan opahnya dan berlalu ke parking kereta.Malas nak melayan perangai maklangnya.






Thursday, 14 July 2011

Cappuchinno mocha [8]

Nafasnya turun naik.Tercungap-cungap dibuatnya.Rasa marah masih tak hilang.Rasa menyampah dan rasa geram.Ti'a mundar mandir di sekitar Midvalley Mall sendiri.Sejak dua menjak ni ada saja perkara yang menyakitkan hati berlaku.Ti'a mendengus.Disepitkan rambut depannya yang panjang ke belakang.2 jam menunggu Shrill buat dia penat.Akhirnya tak juga datang.Seperti biasa alasan Shrill,dia busy.Ti'a sudah lali dan jemu.Dulu semasa mereka masih bersama,itu jugak alasan yang shrill gunakan.Dia dah bosan!

''Kalau aku tahu,tak payah aku datang mid ni.Bodoh!!Kau pun satu Ti'a sibuk je lagi terhegeh-hegeh kat si shrill tu!Past is past TI'A!" Marah Ti'a kepada diri sendiri.Dia akui di hati masih bersisa rasa cinta untuk Shrill kekasih hati yang dulu dipuja.Tapi entah mana silap dia dan mungkin dia tak secantik selena girlfriend baru shrill,mereka berpisah.Dia akur dengan takdir itu.Dia cukup faham,hubungan dia dan shrill walau andai kata bertahan.Tapi sampai bila?Dia dan 'Shrillyn' tak kan kemana.

Tapi dia masih juga ingat bagaimana saat mula-mula dia dan Shrill bercinta.Semuanya indah.Tiada yang terkurang.Walau dasarnya shrill bukan sekacak kaum adam,tapi cukup mampu menggetarkan naluri wanitanya.Dia suka cara shrill melayani karenahnya.Dia suka cara shrill senyum dengannya.Shrill romantis.Tak penah berkata-kata kesat.Marah pun tak pernah.Cuma dia saja yang sering naik angin.Tapi Shrill dengan tenang memujuknya..Ya!Dia rindu bekas kekasihnya itu.Hatinya hancur lagi.Setiap kali mengingati kebaikan Shrill,luka lama terobek kembali.Shrill yang dianggap jujur dan tenang,rupanya tak pernah setia.Dia cuma peneman suka-suka.Cinta?Entah kan ada atau tidak dia bertahta di hati Shrill.Argh!!!!!Ti'a mula rimas!Dia tak mahu kalah dengan cerita lama.Kisah lama harus ditutup dan dia tak mahu ingat.Biarlah dia dan Shrill kini sahabat.Walau ada di hati masih tersimpan rasa,biarlah.Itu buku lama!!

Keluhan demi keluhan keluar dari bibir merah Ti'a.Tanpa sedar ketika dia dia hendak masuk ke lorong untuk ke tandas,dia tak sengaja terlanggar seseorang.Tapi angin marahnya yang tak terlepas kini dilepaskan pada orang yang bukan bersalah.

"Hoi!!Buta ke ape??" Jerit Ti'a lantang.
"Eh,kau yang buta!!!!!!Mata letak kat lutut ape??"
"eh,eh pompuan ni...aku siku kang!!Mata aku ni cukup nampak.kau yg bute langgar aku!" Tuduh Ti'a.Dia ego.Matanya sengaja ditajamkan dan mengerling ke arah perempuan 30an yang lengkap berbaju kebaya biru labuh.
"Ewah kau!Kau langgar orang,now kau nak menuduh pulak.Biadap gile!Ni lah budak sekolah sekarang,tak matang!"
"Ape??Budak sekolah kau kate??Weh aku dah 21 ok!!agak-agaklah makcik!!"
"What???just now u calling me Makcik???Memnag sah kau ni bute!!!!!!!!Aku punya vougue kau kate makcik!Tak sayang mulut ape??" Marah permpuan tersebut.Pantang sungguh sesiapa memanggilnya makcik.
"Eh,dah tua perasan muda la pulak!!Dahsyat makcik ni.Hahaha......"
"Kau kau ni ade yang nak kena!Hei budak sekolah!Kau sekali lagi panggil aku makcik.Aku ganyang-ganyang kau!''
"Really??If u wanna die.So,cubelah ganyang aku!Hahaha..makcik!!!makcik!!" Makin rancak Ti'a menyakat perempuan tersebut.Dalam hatinya dia berkira-kira sendiri mahu mengenakan perempuan tersebut.Saja for fun!Hehehe...
"Kau ni!!!!!!!"
"What makcik??Makcik..makcik..makcik..makcik..makcik...makcik..makcik..makcik..makcik..makcik..makcik..lalala makcik!!!!!!!!" ejek Ti'a puas!
"Erghhhhhhh!!!!!!!!kau...." tia-tiba...
''Stop Zara..stop!!nanti kalau orang nampak..you kena lah.." sampuk satu suara dengan nada lembut dari belakang Ti'a.Ti'a tersentak.Bukan kerana takut ada seseorang tapi kerana suara itu.Dia seakan kenal siapa.Tapi siapa????



'hati akan berdegup kencang seumpama ada magnet penarik kencangan
setiap kali suara itu hadir.Suara yang tak lali didengari
kerana tanpa disedari
ada bunga-bunga mekar di hati.'

Sunday, 10 July 2011

Cappuchino mocha [7]

Tuala ditangan dikesat-kesat ke rambutnya yang tercacak-cacak.Lara mengeluh panjang.Emosinya masih tidak stabil.Hatinya masih dibuai kesayuan.Kenangan cinta yang disanjung tinggi seringkali mengganggu diri.Cinta yang pernah dijaga kini pergi.Hatinya sungguh terluka.Lara masih dengan kondisi yang sama.Air mata tak pernah penat dan jemu mengalir dari tubir mata.Walaupun dia masih hidup,Tapi seakan jasadnya saja disini dialam realiti.Roh tiada menghuni.Argh!Lara mengeluh kepiluan di malam sepi.Semakin lama dia terperap dalam bilik,semakin hatinya rasa seakan disiat-siat.Lara menyangkut tualanya yang bewarna biru kemudian memakai sweater putih.Gitar berwarna hitamnya di atas katil dicapai kemas.Dengan langkah yang longlai,dia menapak.Dia mahu ke taman.Mahu melayan perasaan yang sedang bercelaru.

Sesampai sahaja di sebuah Taman Permainan berhampiran dengan kediamannya,Lara melangkah untuk duduk di lantai bumi yang berwarna hijau.Dia tidak kisah berhujankan embun.Dia mahu menatap langit dengan rasa yang sayu.Biarlah cuma bintang yang menemani malamnya.Dia mahu lari ke dada langit.Jauh terbang melayang.Dia mahu pergi dari rasa sakit.

"aku mentari tapi tak menghangatkanmuaku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku
 
sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah....."
Suara itu mendayu dayu menyanyikan lagu bertajuk kekasih yang tak dianggap bersama deraian air mata.Suaranya semakin lama semakin tenggelam dengan esakkan tangisan.Gilakah dia kerana seorang gadis cuma??Seorang gadis yang dipuja dicinta dan diserahkan seluruh jiwa raga tapi dengan pantasnya mengoyakkan semua isi hatinya.Cintanya dibuang dan langsung tak dipandang.Siapakah dia di hati gadis yang dipuja?Kekasih kah kulikah atau cuma teman untuk pelepas rasa??Air mata menitis semakin laju.Semakin perlahan nyanyiannya.


"sebagai kekasih yg tak dianggapaku hanya bisa mencoba bersabarku yakin kau kan berubah.....sebagai kekasih yg tak dianggapaku hanya bisa mencoba bersabarku yakin kau kan berubah.....Ku yakin kau kan berubah....Ku....yakin kau kan beru...bah...."
"Sedap suara kau..Tapi kalau kau tak menangis mesti lagi sedap." Sapa seseorang.Lara tersentap.Mati semua lamunanya.Dalam kesamaran cahaya yang gelap,Dia memang cuma nampak bayang-bayang seorang perempuan berbaju lengan panjang dan berseluar pendek sahaja sedang menapak ke arahnya.
"Who are you?''
"Me?Oh,aku manusia la.Aku jalan-jalan kat sini tadi then tak tersengaja dengar kau nyanyi.Sorry!Kau ok?" Tanya Ti'a dengan nada yang perlahan.Sebenarnya dia menahan gementar yang tiba-tiba dirasainya apabila Lara merenung teman ke dalam anak matanya.
"Do i know you?Saya tak nampak awak sangat.Saya rabun and i didn't wear my glasses." Jawab Lara jujur.
"Ohhhh....Tak apa.Nanti kalau dekat cahaya maybe kau cam lah aku mr.cappuchi." Perli Ti'a walaupun sebenarnya dia sendiri tak tahu kenapa mulutnya agak lancang bila berhadapan dengan Lara.Walhal bukan itu yang dia mahu ungkapkan.
"Mr. cappuchi??" berkerut-kerut dahi Lara dibuatnya.
"Ah,lupakan je la ok.Kau ok?If u don't mind can i seat here beside u?"
"Duduk je lah.Rumput ni bukan saya punya pun." Jawab Lara dengan nada yang mendatar.
  'Ceh berlagak jugak mamat ni time-time sedih cam ni!' bisik Ti'a sendiri.
"Ok thank you even kau cakap rumput ni bukan kau punye kan.Haha.Lawak je!Kau buat ape sorang-sorang kat sini?Gelap gelita siap main gitar bagai.Nasib baik aku tak jerit.Mati-mati aku ingat hantu mana la dok menyanyi-nyanyi kat taman ni.Sayup je pulak tu.Seram tau!" Bebel Ti'a siap buat mimik muka.
Lara yang mendengar Ti'a mengomel tergelak kecil.
"Eh,kau kenapa pulak ni doq gelakkan aku?Aku buat lawak ape?Kau yang menakutkan aku.Kau gelak pulak!" Ti'a sudah naik geram dengan Lara.Tapi dalam hatinya dia tiba-tiba rasa senang mendengar tawa Lara.
"Ok fine.I'm sorry.Awak cakap laju sangat then cara awak cakap tu cute." Puji Lara dengan suaranya yang agak serak kerana masih ada sendu yang bersisa.Tapi cara pertuturannya lebih lembut dari tadi.
Hati Ti'a tiba-tiba sekali lagi bergetar.Kali ini lebih laju dari tadi.
 'Argh!Gila ape hati aku ni!!'
"Cute?Gila la kau ni!Merepek je!Ha!Sambung balik.Kau kenapa doq sini tengah malam main gitar?Baru lepas kena tinggal ape?" Laju saja mulut Ti'a meneka.Hati Lara tersentap.Dalam kesamaran malam dia termenung jauh.Mereka berdua tiba-tiba dihuni rasa yang tidak senang.Lara yang diam secara tiba-tiba.Lama!!
"Eh,eh.Err...Sorry!Aku tak berniat nak sakitkan hati kau.Actually aku gurau je.I'm Sorry." Ti'a mula rasa serba salah.Ditenung wajah Lara dalam samar-samar cahaya lampu tiang di taman.Kelihatannya Lara seakan benar pilu dan dilanda kesedihan.
"If kata-kata aku buat kau terasa.Aku minta maaf.Tak terniat pun aku nak sakitkan hati kau.But if u can't accept it,it's ok.Aku balik dulu ok.Sorry again." Ti'a mula bangun dari duduknya.Tiba-tiba tangannya digapai dan ditarik.Ti'a terkejut dan dia terus terduduk kembali di sebeleh Lara.
"Auwwwwwww!Sakit lah bontot aku!''
"Eh??Aduh,sorry.Saya tak sengaja tarik tadi.Saya pun tak tahu kenapa saya tarik awak.Are you ok?" Tanya Lara dengan suara yang cemas.
"Aku ok la!Kau pehal tarik tangan aku?Tadi macam marah sangat kat aku!"
"Err...sorry!Saya tak marah,saya just tersentap.Ape yang awak teka tu betul.Saya tengah frust,kena tinggal."Jawab lara jujur.Air matanya seakan mahu menitis tapi ditahan sendu yang mulai bersisa.Dia tak mahu jadi lemah lagi dan yang pasti dai tak mahu gadis disebelahnya melihat dia menangis.Dia malu.Ya dia malu.
"Ops!Sorry ok.Aku tak sengaja pun cakap yang kau frust and pasal kau kena tinggal tu.Sorry ok.Now,kau ok?Aku minta maaf kalau aku tiba-tiba yelah dah lah tak kenal kan then buat kau sakit hati pulak.''
''Saya ok.Saya cuma masih lagi teringat dekat my girl.Saya tak sangka dia akan dump saya.Maybe i'm not good enough for her."
"Eh.asal lak kau cakap macam tu?Tak pe lah setiap kejadian tu buruk atau baik,ada hikmah tau.Kau jangan sdih ok.Aku percaya yang mesti girl kau tu pun menyesal sebab lepas kan kau.Walau aku tak la kenal kau ni,aku tahu kau mesti setia gile kat dia kan.Yelah kau sampai sanggup macam ni sebab dia.Kau kuatlah ok.Life must go on."
"i know,but how??I can't life without her.Setiap kali saya buka mata,setiap kali saya bangun dari tidur,saya akan ingat dia je.Dia yang saya nampak,dia yang saya bayang setiap saat saya.Saya tak mampu buat apa-apa sebab asyik teringatkan dia je." Luah Lara.Suaranya semakin mendayu.
"Kau tak bolehlah give up macam ni terus.Kau kena tabah ok.Kau kalau tak kuat macam mana kau nak buat dia nampak yang kau ok walau dia tinggalkan kau?Come on bro,you have to fight for your own good!"
"Saya tak boleh.Saya sayang dia sangat.Saya cintakan dia.Saya tak sanggup hidup tanpa ada dia.Saya nak dia je.Saya tak faham kenapa dia sanggup tinggalkan saya.Apa salah saya?Kenapa dia tak pernah bagi kesempatan kat saya?Kenapa dia tak nak bagi penjelasan??"
Ti'a diam.Buntu**** Wajah Lara ditatap dalam-dalam.Ada rasa sedikit cemburu dengan kekasih hati Lara.Mengapa gadis itu bodoh tak menghargai seseorang yang benar mencintainya?Sedangkan dia sendiri pula masih sendiri tiada yang menghargai.Tapi gadis itu dengan senang-senang buang orang yang separuh gila mencintai.Manusia susah nak difaham hati mereka.Ti'a mengeluh.
"Hati manusia ni lain-lain.Kau sayanglah dia banyak mana pun,Kau cintalah dia sepenuh hati kau and kau sanggup korban ape saja ke..belum tentu kau dapat baca hati dia yang sebenarnya.Aku tahu dia orang yang kau damba tapi kau macam ni pun ada ke dia hairan?Come on la bro,people come and go.Love is true and it will be last longer forever if you both really love too.But if kau sorang je bertepuk sebelah tangan,memang tak kemana.Kau cintakan dia tapi dia tak..sama je.Tetap tak bahagia.Kadang-kadang kau kena rasional jugak sebab kau kena fikir setiap apa yang terjadi pasti bersebab.Tuhan tak akan bagi hamba dia menanggung kesakitan atas perkara yang sia-sia.Setiap kesakitan pasti ada kegembiraan untuk satu hari nanti."
Lara mendengar nasihat Ti'a dengan teliti.Ada rasa kagum di hati.Dia tak pernah mengenali gadis di sebelahnya ini dan wajahnya pun dia tak dapat lihat dengan jelas tapi hati gadis ini ikhlas menasihatinya tanpa ada sedikit pun rasa kekok malah semuanya seakan berbekas di hatinya yang terluka rawan.
"Thanks tapi saya masih tak mampu....sa...."
"Tu lah manusia ni kan,belum cuba dah give up!Cuba bangun dari mimpi dan kenangan kau tu.Kau kena kuat bro.Memang aku tahu kau sakit gila sebab terluka.Siapa tak sedih bila cinta dia dibuang macam sampah.Siapa tak sakit cinta yang dibaja yang dijaga tapi akhirnya layu tanpa hasilnya.Tapi kan aku kata setiap apa yang terjadi ada hikmah.Kalau kau nak tahu apa hikmahnya,kau kena kuat.Kau kena bangun untuk diri sendiri.Bukan untuk orang lain pun!Untuk kau je!Kau tak kan lah sepanjang hidup nak murung je..nak kenang orang yang tak sudi.Macam orang dulu-dulu cakap...hidung tak macncung,pipi tersorong-sorong.Eh,aku tahula hidung kau mancung kan.Ni perumpamaan je la.Mana tahu kau tak tahu kan!"
Lara tersenyum.Senang dengan kata-kata gadis deisebelahnya ini.Dia rasa tenang sedikit.Sebelum ni dia cuma menyimpan rasa itu sendiri.Tapi malam inis edikit sebanyak gadis yang tak dikenalinya ini banyak mringankan penderitaan hati yang ditanggungnya.
"Thanks,saya dah faham....cara awak cakap macam awak pernah je kena dump and putus cinta ni..bodohnya orang yang lukakan hati awak yang baik ni kan...."
Ti'a diam.Dia tak mahu berbicara apa-apa tentang hal hidupnya atau kisah cinta lama.
"Errr...tak adalah.Aku cakap je.Aku selalu baca jugak buku cinta-cinta ni plus aku ade ramai kawan yang selalu je putus cinta.So,nak tak nak aku kena lah jadi pakar penasihat tak bertauliah dorang tu."
"Oh,baiknya awak.Hahaha.........oh,lupa pulak nak kenalkan diri....saya L..awak boleh panggil saya L ok..Awak?"
"Aku?"
"Yelah,awak.Nama awak apa?" Tanya Lara lembut.
"Oh,aku T...." belum sempat Ti'a memperkenalkan namanya.Handphone milik Lara menjerit minta untuk diangkat.
"Em,kejap ek."
Selepas berapa minit di talian,Lara terus mencapai gitarnya yang diletak dia atas rumput.
''Em,awak ade hp?Boleh minta kejap?"
"Eh?Ada.Kenapa?"
"Kejap je." Ti'a dengan berat hati menghulurkan hp sony erricson x8 nya kepada Lara.Lara menyentuh muka skrin hp tersebut dan kembali memulangkan hp itu ke tangan Ti'a.
"Em,saya kena balik..Opah saya datang.So,no saya dah save my number.If rajin text la ok.Sorry tak lama borak dengan awak.Tapi nice to meet you.Thanks awak sudi bagi free advice dekat saya.Saya minta maaf tadi first-first cakap dengan awak saya terkasar.Saya minta maaf ye."
"Eh,sape kate free?" tiba-tiba mulut Ti'a laju berkata-kata.
"Eh,tak free ke?Hahaha...tak pe nanti saya bayar ok.Awak call je saya or text.Sorry tau i'll have to go." Ujar Lara tapi sebelum dia melangkah pergi dia sempat menanggalkan keychain berhuruf 'L' dari hp nya dan meletakkan ke dalam genggaman tangan Ti'a.Tangan Lara **Hangat**
"Hei!For what??????????????" Jerit Ti'a.Tapi Lara cepat berlari pergi.Sekelip mata bayang-bayang Lara hilang disebalik kegelapan malam.
"Heh!Keychain apa dia bagi ni??Dah la gelap!Aku tak nampak kot!" Ti'a mendengus sendiri dan menggenggam kemas keychain di dalam tangannya.Genggaman tangan Lara sebentar tadi masih terasa hangatnya.Tiba-tiba dada Ti'a bergetar apabila teringatkan kehangatan jari jari milik Lara.
"Gila ke aku ni!Mamat cappuchi tu bukan taste aku pun!Aku bukan suka boy!Balik ar!Menyesal lak aku lalu kat taman ni malam-malam!" Ujar Ti'a sendirian.Dia cuma berbasa basi dengan diri sendiri sedangkan hatinya lain yang dirasai.
'Hati lebih mengenali siapa kita sebenarnya.Hati lebih tahu apa yang kita rasa.Hati mungkin adakalanya salah tapi tentang rasa sebuah debaran,Hati tak pernah kalah dan salah.Itulah istimewanya hati kita.'

Monday, 13 June 2011

Cappuchino mocha [6]

Seminggu dia terperap dalam bilik.Hari-hari kerjanya menangis.Bila disoal mama dan Mak Yam,Lara cuma menggeleng tanda tiada apa-apa.Seboleh-bolehnya dia tersenyum di hadapan keluarga tersayang.Dia tak mahu membebankan perasaan sesiapa.Dia kalah dengan hati dan jiwa tapi tak bermakna dia tak kuat tuk pastikan keluarganya tak bimbang.Dia tak mahu sesiapa pun tahu hatinya sedang terluka dan bernanah parah.Biarlah dia saja yang menanggung.Sakit macam mana pun dia harus tabah.Pagi sabtu ini dia rasa mahu ke cafe d'lovar.Dia rindu mahu cappuchino mocha.Dengan langkah yang sedikit terhuyu-hayang kerana masih bersisa mengantuk tak tidur malam sepanjang seminggu dia melangkah ke arah parkir motorsikal kawasaki ZX nya.

"Eh,L!Kemana pula kamu nak pergi?L kan tak sihat lagi." Tanya Mak Yam risau.Berkerut-kerut dahinya merenung Lara yang sedang memakai helmet.
"Mak Yam...L nak pergi cafe d'lovar.L nak minum cappuchi mocha." Jawabnya bersahaja sambil menghidupkan enjin 'baby' kesayangannya.
"Laa..tak payah la pergi.Mak Yam minta Pak Mat je lah pergi belikan untuk L ye,"
"Kenapa pulak?Tak pe la Mak Yam.L nak pergi beli sendiri je.."
"Tak payahlah L.Kamu tak sihat lagi.Risaulah Mak Yam."
"Mak Yam....L ok je.L bosan terperap kat rumah.Biarlah L jalan kejap je.L balik sebelum petang.Janganlah risau.L ni dah beso bukan baby lah Mak Yam..hehehe..."  ujar Lara lantas sempat mencubit pipi montel Mak Yam.Dia tersenyum.Alangkah bahagianya kalau Mak Yam tahu luka yang dirasinya saat ini.Hatinya sayu sedikit kerana terpaksa membohongi Mak Yam.Dia terpaksa walau dia hakikatnya tak ingin menipu pun.Dia anggap Mak Yam macam mak dia juga.Lara masih tersenyum walau perit.
"Betul L?Mak Yam takut je kalau kamu tu pengsan lagi kat teengah jalan.Risaulah Mak yam!"
"Mak Yam dah la.L janji L jaga diri.Dah-dah jangan nak berdrama air mata Mak Yam,Ni bukan cite hindustan.hahaha.L pergi dulu.Chaww cincau Mak Yam." Belum sempat Mak Yam membalas kata-kata Lara terlebih dahulu memecut minyak kawasaki ZX miliknya di muka jalan raya.
 'Sorry Mak Yam,L tak boleh duduk lama-lama.L takut je L menangis kat situ tiba-tiba depan Mak Yam..depan Mama...L tak kuat...'


*********


Lara memilih tempat duduk yang agak tersorok mengadap ke laman air terjun buatan di laman cafe d'lovar.Dia mahu bersendirian menenangkan fikiran.Dia mengorder cappuchino mocha sahaja.Dah seminggu dia tak ada selera mahu menjamah makanan.Walau sudah dipaksa mama,dia tetap menegah.Dan yang ajaibnya perut dia tak pula merungut.Itulah perut pun seakan faham situasi hatinya saat ini.
Di sebelah kaunter pelayan,Ti'a tersenyum nakal saat melihat Nora sedang sibuk mengangkat dulang minuman untuk pesanan pelanggan.
"Nora....hoi!!" Tegur Ti'a sengaja mengejutkan Nora yang sedang kusyuk bekerja.
"Eii mak aku kat rumah!mak mak mak kat rumah!" Nora melatah laju.Ti'a cuma gelak melihat Nora yang sedang melatah akibat terkejut.
"Weh kau Ti'a!Agak-agakla ye pun nak panggil aku!Terkejut aku!Dah lah aku melatah.Malu lah!" Marah Nora.Tangannya cepat je menampar bahu Ti'a.
"Aduh!!!Sakitlah gila!" Marah Ti'a.
"Ewahhh,suka suke je cakap aku gila ek?Kalau aku gila kau ape?Meroyan?hahaha..." Sakat Nora pula.
"Eh,aku pulak!Kau tu kalau pukul orang sakit tau!Tangan tu besi ape!"
"Yelah..yelah..aku mintak maaf ok!" Ujar Nora lembut.Lalu tersenyum.Ti'a pun tersenyum lalu mereka tertawa.Mereka memang begitu.Rapat sejak dulu.
"Nora...ni cappuchino mocha blended untuk regular customer cappuchi tu." Celah Farin yang tiba-tiba menghulurkan dulang berisi gelas besar cappuchino mocha kepada Nora.
"Oh,yang cappuchi tu ek?Ok..ok aku hantar.Thanks Farin." Ujar Nora lalu mahu melangkah tapi dihalang Ti'a.
"Jap jap Nora...regular customer cappuchi??siapa?"
"Oh,adalah sorang mamat ni.Dia suka gila pesan cappuchino mocha blended.Tapi dia akan order cakap cappuchi mocha je.haha.pelik tapi cute." Terang Nora lalu tersenyum menoleh ke arah satu meja yang agak tersorok mengadap laman cafe d'lovar.
"Cappuchi mocha??Mamat yang pakai short pants?Rambut warna cokelat perang?Putih-putih hidung mancung??" Soal Ti'a bertalu-talu.
"A'ah....eh,mana kau tahu?Kau kenal ke?"
"Ah,nantilah aku cite.Now,kau boleh tolong aku tak?"
" Tolong ape pulak ni Ti'a?Kau macam nak buat jahat je." Teka Nora apabila melihat Ti'a yang seakan ligat tengah berfikir.Mesti sesuatu yang agak nakal.Ti'a kalau dah buat muka sesuatu.Dia memang faham sangat.
"Eh,adalah!Kan aku cakap nanti aku cite.Now aku nak time kau bagi air ni kat dia.Lambat-lambat sikit masa letak.Dan please bagi ikut tepi sisi dia bagi angkat ke atas sikit dalam paras muka ok." Ujar Ti'a panjang lebar.Di minda ligat dia merangka plan jahatnya.Dalam hati bersarang niat jahat untuk membalas pasal kejadian seminggu lalu.
"Jagalah kau kan aku kata,ada lori ada bas,aku akan balas.Now,times for showing!!hahaha..." Ti'a sudah tergelak sementara Nora terpinga-pinga. 
"Eh,Nora kau ape lagi!Cepatlah!Kalau tak lepas ni aku tak nak dah ambik kau balik keje!" Ugut Ti'a apabila melihat Nora yang sedang serba salah.
"Ha?Kenapa pulak aku yang kena?"
"Kau nak ke aku suruh kau balik sendiri?Cepatlah!" Marah Ti'a.Dia sengaja menakut-nakutkan Nora.
"Yelah kau ni jahatlah Ti'a!" Dan dengan langkah yang diatur kemas Nora melangkah kearah Lara.

Nafas ditarik dalam-dalam.Saat Nora melangkah ke sisi meja 'mamat berlagak' tu dan menghulurkan gelas minuman cappuchino mocha,Ti'a cepat-cepat melangkah laju ke belakang Nora dan dengan sengaja dia menolak perlahan badan Nora ke belakang dan akibatnya...Cappuchino mocha blended itu terjirus terus ke muka Lara.Dalam hati Ti'a dia terus ketawa.Dia mengagak yang Lara akan marah gila punya.
 'Padan muka kau!!hahahaha....'
Nora menggelabah.Cepat-cepat dia minta maaf kepada pelanggan tetap cafe d'lovar itu.Dia takut pelanggan itu memarahinya dan memakinya.Namun sangkaannya meleset.
"Sorry sir...saya saya tak sengaja.Maafkan saya.Saya akan ganti rugi sir.Maafkan saya,"
"Tak apa i'm fine.Saya ok.Not your fault." Balas Lara tenang dan begitu juga wajahnya.Tiada ketegangan.Ti'a kaget.GILA!itu sahaja yang mampu dia kata.Lara tak memarahinya atau Nora walhal Lara nampak dia yang sengaja menolak Nora.
"Tapi it is my fault sir....saya..." Terketar-ketar Nora bersuara.
"It's fine...NORA..." ucap Lara apabila terlihat tag nama Nora yang tersangkut kemas di dada kiri.
"Than...ks sir...saya minta maaf...saya lalai...saya minta maaf..."
"I ok.if you don't mind please serve me the new one...and please tell your friends that i says i am pleasure...no nit to says thanks because i didn't scold u because of her bad..." Balas Lara dengan sengaja merenung ke arah Ti'a.Dia tahu Ti'a sengaja menolak Nora.Dia nampak semuanya.Tapi dia tak ada mood untuk bertekak mulut dan bertikam lidah.Dia tak mampu.Hatinya cuma tahu kesakitan dilukakan oleh cinta pertamanya sahaja.Dengan tenang dia menarik keluar tisu lalu membersihkan wajahnya.
"Oh,ok sir.I will and sorry again sir." Nora berlalu dan merenung ke arah Ti'a yang terlebih dahulu menapak pergi sebelum dia.
Ti'a memandang tajam dari jauh wajah lelaki yang sengaja mengenakan dia selepas dia memang sengaja untuk menumpahkan air cappuchino mocha itu ke wajah lelaki itu.Ada manik-manik jernih menitik keluar dari matanya.
"Dia menangis??" Ti'a menyoal dirinya sendiri.Dia memerhatikan selama satu jam di situ.Entah apa yang buat dia begitu.Macam ada satu maget yang tak jemu untuk dia merenung wajah yang sayu tak sebongkak minggu lalu.Pelbagai soalan terlintas di fikiran Ti'a.Sudah gilakah dia tiba-tiba memikirkan tentang seseorang yang dia tak kenali?Ti'a mendengus lalu terus bangun dari kerusi dan pergi.


'cinta datang tanpa kita pinta.ia hadir tak diduga.benci jadi sayang.Malah mungkin cinta.
Sayu boleh dibuang.Sekali terluka bukan selamanya begitu.'