Monday, 13 June 2011

Cappuchino mocha [6]

Seminggu dia terperap dalam bilik.Hari-hari kerjanya menangis.Bila disoal mama dan Mak Yam,Lara cuma menggeleng tanda tiada apa-apa.Seboleh-bolehnya dia tersenyum di hadapan keluarga tersayang.Dia tak mahu membebankan perasaan sesiapa.Dia kalah dengan hati dan jiwa tapi tak bermakna dia tak kuat tuk pastikan keluarganya tak bimbang.Dia tak mahu sesiapa pun tahu hatinya sedang terluka dan bernanah parah.Biarlah dia saja yang menanggung.Sakit macam mana pun dia harus tabah.Pagi sabtu ini dia rasa mahu ke cafe d'lovar.Dia rindu mahu cappuchino mocha.Dengan langkah yang sedikit terhuyu-hayang kerana masih bersisa mengantuk tak tidur malam sepanjang seminggu dia melangkah ke arah parkir motorsikal kawasaki ZX nya.

"Eh,L!Kemana pula kamu nak pergi?L kan tak sihat lagi." Tanya Mak Yam risau.Berkerut-kerut dahinya merenung Lara yang sedang memakai helmet.
"Mak Yam...L nak pergi cafe d'lovar.L nak minum cappuchi mocha." Jawabnya bersahaja sambil menghidupkan enjin 'baby' kesayangannya.
"Laa..tak payah la pergi.Mak Yam minta Pak Mat je lah pergi belikan untuk L ye,"
"Kenapa pulak?Tak pe la Mak Yam.L nak pergi beli sendiri je.."
"Tak payahlah L.Kamu tak sihat lagi.Risaulah Mak Yam."
"Mak Yam....L ok je.L bosan terperap kat rumah.Biarlah L jalan kejap je.L balik sebelum petang.Janganlah risau.L ni dah beso bukan baby lah Mak Yam..hehehe..."  ujar Lara lantas sempat mencubit pipi montel Mak Yam.Dia tersenyum.Alangkah bahagianya kalau Mak Yam tahu luka yang dirasinya saat ini.Hatinya sayu sedikit kerana terpaksa membohongi Mak Yam.Dia terpaksa walau dia hakikatnya tak ingin menipu pun.Dia anggap Mak Yam macam mak dia juga.Lara masih tersenyum walau perit.
"Betul L?Mak Yam takut je kalau kamu tu pengsan lagi kat teengah jalan.Risaulah Mak yam!"
"Mak Yam dah la.L janji L jaga diri.Dah-dah jangan nak berdrama air mata Mak Yam,Ni bukan cite hindustan.hahaha.L pergi dulu.Chaww cincau Mak Yam." Belum sempat Mak Yam membalas kata-kata Lara terlebih dahulu memecut minyak kawasaki ZX miliknya di muka jalan raya.
 'Sorry Mak Yam,L tak boleh duduk lama-lama.L takut je L menangis kat situ tiba-tiba depan Mak Yam..depan Mama...L tak kuat...'


*********


Lara memilih tempat duduk yang agak tersorok mengadap ke laman air terjun buatan di laman cafe d'lovar.Dia mahu bersendirian menenangkan fikiran.Dia mengorder cappuchino mocha sahaja.Dah seminggu dia tak ada selera mahu menjamah makanan.Walau sudah dipaksa mama,dia tetap menegah.Dan yang ajaibnya perut dia tak pula merungut.Itulah perut pun seakan faham situasi hatinya saat ini.
Di sebelah kaunter pelayan,Ti'a tersenyum nakal saat melihat Nora sedang sibuk mengangkat dulang minuman untuk pesanan pelanggan.
"Nora....hoi!!" Tegur Ti'a sengaja mengejutkan Nora yang sedang kusyuk bekerja.
"Eii mak aku kat rumah!mak mak mak kat rumah!" Nora melatah laju.Ti'a cuma gelak melihat Nora yang sedang melatah akibat terkejut.
"Weh kau Ti'a!Agak-agakla ye pun nak panggil aku!Terkejut aku!Dah lah aku melatah.Malu lah!" Marah Nora.Tangannya cepat je menampar bahu Ti'a.
"Aduh!!!Sakitlah gila!" Marah Ti'a.
"Ewahhh,suka suke je cakap aku gila ek?Kalau aku gila kau ape?Meroyan?hahaha..." Sakat Nora pula.
"Eh,aku pulak!Kau tu kalau pukul orang sakit tau!Tangan tu besi ape!"
"Yelah..yelah..aku mintak maaf ok!" Ujar Nora lembut.Lalu tersenyum.Ti'a pun tersenyum lalu mereka tertawa.Mereka memang begitu.Rapat sejak dulu.
"Nora...ni cappuchino mocha blended untuk regular customer cappuchi tu." Celah Farin yang tiba-tiba menghulurkan dulang berisi gelas besar cappuchino mocha kepada Nora.
"Oh,yang cappuchi tu ek?Ok..ok aku hantar.Thanks Farin." Ujar Nora lalu mahu melangkah tapi dihalang Ti'a.
"Jap jap Nora...regular customer cappuchi??siapa?"
"Oh,adalah sorang mamat ni.Dia suka gila pesan cappuchino mocha blended.Tapi dia akan order cakap cappuchi mocha je.haha.pelik tapi cute." Terang Nora lalu tersenyum menoleh ke arah satu meja yang agak tersorok mengadap laman cafe d'lovar.
"Cappuchi mocha??Mamat yang pakai short pants?Rambut warna cokelat perang?Putih-putih hidung mancung??" Soal Ti'a bertalu-talu.
"A'ah....eh,mana kau tahu?Kau kenal ke?"
"Ah,nantilah aku cite.Now,kau boleh tolong aku tak?"
" Tolong ape pulak ni Ti'a?Kau macam nak buat jahat je." Teka Nora apabila melihat Ti'a yang seakan ligat tengah berfikir.Mesti sesuatu yang agak nakal.Ti'a kalau dah buat muka sesuatu.Dia memang faham sangat.
"Eh,adalah!Kan aku cakap nanti aku cite.Now aku nak time kau bagi air ni kat dia.Lambat-lambat sikit masa letak.Dan please bagi ikut tepi sisi dia bagi angkat ke atas sikit dalam paras muka ok." Ujar Ti'a panjang lebar.Di minda ligat dia merangka plan jahatnya.Dalam hati bersarang niat jahat untuk membalas pasal kejadian seminggu lalu.
"Jagalah kau kan aku kata,ada lori ada bas,aku akan balas.Now,times for showing!!hahaha..." Ti'a sudah tergelak sementara Nora terpinga-pinga. 
"Eh,Nora kau ape lagi!Cepatlah!Kalau tak lepas ni aku tak nak dah ambik kau balik keje!" Ugut Ti'a apabila melihat Nora yang sedang serba salah.
"Ha?Kenapa pulak aku yang kena?"
"Kau nak ke aku suruh kau balik sendiri?Cepatlah!" Marah Ti'a.Dia sengaja menakut-nakutkan Nora.
"Yelah kau ni jahatlah Ti'a!" Dan dengan langkah yang diatur kemas Nora melangkah kearah Lara.

Nafas ditarik dalam-dalam.Saat Nora melangkah ke sisi meja 'mamat berlagak' tu dan menghulurkan gelas minuman cappuchino mocha,Ti'a cepat-cepat melangkah laju ke belakang Nora dan dengan sengaja dia menolak perlahan badan Nora ke belakang dan akibatnya...Cappuchino mocha blended itu terjirus terus ke muka Lara.Dalam hati Ti'a dia terus ketawa.Dia mengagak yang Lara akan marah gila punya.
 'Padan muka kau!!hahahaha....'
Nora menggelabah.Cepat-cepat dia minta maaf kepada pelanggan tetap cafe d'lovar itu.Dia takut pelanggan itu memarahinya dan memakinya.Namun sangkaannya meleset.
"Sorry sir...saya saya tak sengaja.Maafkan saya.Saya akan ganti rugi sir.Maafkan saya,"
"Tak apa i'm fine.Saya ok.Not your fault." Balas Lara tenang dan begitu juga wajahnya.Tiada ketegangan.Ti'a kaget.GILA!itu sahaja yang mampu dia kata.Lara tak memarahinya atau Nora walhal Lara nampak dia yang sengaja menolak Nora.
"Tapi it is my fault sir....saya..." Terketar-ketar Nora bersuara.
"It's fine...NORA..." ucap Lara apabila terlihat tag nama Nora yang tersangkut kemas di dada kiri.
"Than...ks sir...saya minta maaf...saya lalai...saya minta maaf..."
"I ok.if you don't mind please serve me the new one...and please tell your friends that i says i am pleasure...no nit to says thanks because i didn't scold u because of her bad..." Balas Lara dengan sengaja merenung ke arah Ti'a.Dia tahu Ti'a sengaja menolak Nora.Dia nampak semuanya.Tapi dia tak ada mood untuk bertekak mulut dan bertikam lidah.Dia tak mampu.Hatinya cuma tahu kesakitan dilukakan oleh cinta pertamanya sahaja.Dengan tenang dia menarik keluar tisu lalu membersihkan wajahnya.
"Oh,ok sir.I will and sorry again sir." Nora berlalu dan merenung ke arah Ti'a yang terlebih dahulu menapak pergi sebelum dia.
Ti'a memandang tajam dari jauh wajah lelaki yang sengaja mengenakan dia selepas dia memang sengaja untuk menumpahkan air cappuchino mocha itu ke wajah lelaki itu.Ada manik-manik jernih menitik keluar dari matanya.
"Dia menangis??" Ti'a menyoal dirinya sendiri.Dia memerhatikan selama satu jam di situ.Entah apa yang buat dia begitu.Macam ada satu maget yang tak jemu untuk dia merenung wajah yang sayu tak sebongkak minggu lalu.Pelbagai soalan terlintas di fikiran Ti'a.Sudah gilakah dia tiba-tiba memikirkan tentang seseorang yang dia tak kenali?Ti'a mendengus lalu terus bangun dari kerusi dan pergi.


'cinta datang tanpa kita pinta.ia hadir tak diduga.benci jadi sayang.Malah mungkin cinta.
Sayu boleh dibuang.Sekali terluka bukan selamanya begitu.'

Thursday, 9 June 2011

Cappuchino mocha [5]

Tangisannya tak reda.Hati itu sakit saat melihat kekasih hati berlalu di depan mata menaiki ambulans.Apalah agaknya akan terjadi.Rasa serba salah mula menerpa.Jiwa luluh.Bukan sengaja dibohongi Lara tapi dia terpaksa.Sampai bila dia harus menyimpan rasa.Dia redha jikalau Lara akan membencinya.Itulah balasannya.Dia mengerti.Kenangan lalu silih berganti.Senyuman kekasih hati Lara,rajuknya,ketawanya semuanya berarti tapi semuanya dah berlalu.Dia tak akan berundur dengan keputusannya.Dia nekad untuk buat Lara bencikan dia walaupun kenyataannya perit.Farr tetap sanggup.

"Farr,kau tak rasa ke L patut tahu kebenaran semua?Kau tak kesian kan dia ke Farr?Sampai pengsan dia dengar kau cakap kau tak pernah sayang dia." Tanya Syaza dengan nada bersimpati ke atas temannya Lara.
"Syaza,aku bukan sengaja.Dan aku bukan saja-saja nak lukakan hati dia.Kau tahu kan kenapa aku buat macam ni?Aku tak nak hati L makin terluka.Aku sedih Syaza.Aku pun sayang dia tapi..kebenaran tu akan lebih menyakitkan nanti.Biarlah now dia rasa aku tak pernah cintakan dia.Itu jalan terbaik tuk buat dia lupakan aku Syaza." Luah Farr,sesekali diseka air mata jernih yang menitik.Dia tahu dia rasa apa yang dialami Lara sekarang dan dia turut terluka terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya.Tapi apakan daya.Dia terpaksa dan cuma itu yang mampu merungkaikan semua masalahnya kini.
"Aku faham Farr,Just aku kesian sangat dekat L.she's hurt a lot Farr.Aku tak pernah tengok dia macam tu selama 3 tahun aku berkawan dengan dia.Aku takut dia buat something stupid." Keluh Syaza.Fikirannya buntu.Dia sayangkan teman-temannya.Lara dan Farr dua-dua sahabat karibnya di kolej semenjak tahun pertama.Dia tak sanggup tuk terus tersepit dalam kancah permasalahan cinta Lara dan Farr.Dia serba salah.
"Aku harap aku mapu buat dia lupakan aku.Tolong aku Syaza."
"Em,kalau ikutkan hati aku Farr,aku malas sangat nak masuk campur hal korang berdua ni.Aku tersepit tengah-tengah.Tapi...tengoklah.I'll try my best."
"Thanks a lot Syaza.Aku hargai sangat.Aku minta maaf aku menyusahan kau."
"Tak apa la.Apa gunanya kawan kan kalau tak boleh tolong.But kau kena janji kau jangan lagi buat hal macam tadi sampai si L tu pengsan and frust gila!Tolong ek." Ujar Syaza sebagai tanda peringatan.
"Ye..aku janji Syaza.Aku cuba.Thank's." Farr mengorek senyuman di bibirnya walaupun hakikatnya payah.


**********


Matanya dibuka perlahan.Perit!Cuma itu yang mampu dilontarkan dari perasaannya saat ini.Wajah-wajah yang dia sayang semua ada disekelilingnya.Menunggu dia bersuara.Dengan payah dan perasaannya yang makin mengsiatkan jiwa dia mengukir senyuman terpaksa.
"Mama,papa...eh,Pak Mat dengan Mak Yam pun ada sama.Kenapa penuh beno bilik L ni?hahaha..."
Mama mengangkat kening memberi signal geram.
"Eh kamu ni L!Mama papa..Mak Yam dengam Pak Mat kamu,Kakak kamu semua risaukan kamu tiba-tiba collapse dekat parking kolej tu.Kamu ok ke tidak?Tu lah mama kata jangan naik motor,kamu tu penat lepas tu mana larat nak bawak motor.Kan dah pengsan kat situ!Mama ni risau tahu!" Mama sudah memulakan mukadimahnya. 'membebel'
Lara meleret tersenyum.Hati kecilnya berbisik sendiri.
 'Ma...andailah mama tahu apa yang L rasa dalam hati ni sekarang.Nak ke mama tolong L?Maa..buat pertama kali L sayang orang..L cintakan dia ikhlas ma..Tapi dia lukakan hati L..dia tipu L ma..Dia tak sayangkan L..dia cakap Dia cinta L dusta...L sakit ma..L sakit sangat..'
Tiba-tiba air hangat mengalir dari mata jernihnya.Mama tersentap begitu juga Papa,Mak Yam dan Pak Mat.
"L kenapa ni nak?Cuba cakap dekat Mak Yam.L menangis tiba-tiba kenapa?Riso le Mak Yam nengok nye ni." Lara menghadiahkan sebuah senyuman lagi kepada wanita yang berumur separuh abad itu.Wanita yang gigih dan sentiasa ada disampinya dan keluarga dia tak kira bila-bila masa.Lara bangun dari katil dan duduk mengadap ke mata-mata yang memerhati.
"L minta maaf mama,papa,Mak yam dengan Pak mat.L penat sangat study dengan buat assignment yang melambak tu.Tu agaknya L boleh terpengsan kat parking lot.Sorry ye,L ni penat tak cukup tidur agaknya je."
Lara memberi alasan yang munasabah.Tak sanggup rasanya membiarkan orang-orang kesayangannya bimbang hal dirinya.Memang di akui dia sedang menghidapi sakit putus cinta.Tapi biarlah cuma dia saja yang tahu.Dia tak nak mereka semua sedih seperti dia.
"Betul sebab tu je L pengsan?Jangan tipu dengan papa.I'll call your kolej tanya lecturer yang bagi banyak sangat assignment kat anak papa ni.Dia ingat dia lecture dia boleh buat sesuka hati je kat student?boleh kerah itu ini!siap buat student tak cukup tidur.Ini Tan Sri Lann.Jangan main dengan papa." Papa mula melontarkan kemarahannya.Dia bimbang.Lara anak bongsunya.Dia tak sanggup kehilangan anak buat kali kedua.Sungguh dia perit untuk kehilangan cahaya matanya lagi.
"Papa..L ok je.Don't worried.I'm almost 20 papa.Dah besar dah.Jangan fikir bukan-bukan.L memang penat sangat je.Dah let me sleep ok.Papa janganlah marah merepek-repek.Lawak lah L dengar.hahaha..."
"Yelah Bang,Mat pun rasa macam tu.Tadi kita sendiri dengar yang doktor kata L ni penat je sebab tu dia pengsan kan.Bagilah L berehat secukupnya.Lagi pun dia dapat MC kan untuk semiggu.Duduk rumah L,rehat." Pak Mat menepuk-nepuk bahu papa tanda memberi keyakinan.Lara tersenyum tanda mengiakan kata-kata Pak Mat.
"Em L,tidur ok.Jangan tak tidur pulak.Ke nak mama temankan?"
'Eh mama ni..macamlah L ni baby je.Tak nak lah L!Baik mama temankan je papa tu.Thanks je lah." Lara senyum memandang mama dan papanya.Dia ikhlas.
Sepuluh minit kemudian Lara lega kerana dia tidak lagi disoal berulang kali.Dia ditinggalkan sendirian di dalam bilik tidurnya.Lara mula merasakan yang hatinya bertambah perit.Lantas tanpa dia sedar,manik-manik jernih mula menitis ke pipi bersama malam yang sepi.
Di sisi katilnya ditarik sebuah laci,diambil satu album berwarna hitam lalu dibelek perlahan.Satu persatu foto itu ditatap.Bersama deraian air mata.Lara hancur dilebuh malam.

 'Sampainya hati awak Farr...saya tak sangka awak cakap awak tipu saya..awak tak pernah cintakan saya Farr..kenapa Farr??kenapa?Apa salah saya kat awak Farr?3 tahun kita bersama..apa silapnya?Kat mana?Please bagi tahu saya..saya sanggup changes apa je untuk awak farr..tapi jangan tinggalkan saya..mana semua janji awak dulu kat saya?Susah senang kita bersama.Walau perit kita berdua..cuma saya yang awak cinta selamanya..mana FARR???kenapa saya Farr yang awak lukai?Kenapa sekarang selepas saya nekadkan hati cuma awak cinta pertama dan terakhir saya?Kenapa tak dulu farr?3 tahun bukan sekejap bukan seminit..Sampainya hati awak farr..cepat manusia berubah..saya tak sangka awak sejahat ni kat saya..Saya tak tahu mana silapnya saya dengan awak..mungkin saya tak sehebat lelaki Farr..saya tak sekacak mereka dan saya memang seorang manusia kurang sempurna..tapi saya ada hati Farr..saya ada hati...sakit sangat torehan yang awak toreh di hati saya ni..lukanya dalam Farr..saya rasa sakit ni hampir buat saya mati..Farr..saya masih cintakan awak..saya cintakan awak farr..saya tak kisah awak tak pernah cintakan saya ke atau tidak...saya terima dan saya sanggup tunggu..sebab saya memang segilanya mencintai awak FARR...'
Rintihan demi rintihan bersama air mata dan gambar mereka berdua digenggam.Lara hanyut dengan luka hatinya.Dia berduka.Hatinya bagai disiat laju-laju.Dia 'mati' dalam dunia cintanya bersama Farr dan kesakitan yang dirasanya.
 ' FARR...AKU CINTAKAN KAU!'

Tuesday, 7 June 2011

Cappuchino mocha [4]

Farr Sayang,

L kalah lagi farr
Hidup L tak seindah dulu
L tak faham kenapa Farr lari dari L
Walau cuma tuk bercakap sekali lalu
Farr tak pandang L
Apa salah L??
Please jangan buat L macam ni.
Farr if ada masalah please use me.
I Love u Farr.
Please jangan macam ni.
Hubungan tiada noktah.
L terseksa begini.
I do love u Farr              
                                      L -ur Love


Mesej yang baru diterima itu dibaca lama.Kekasih hatinya Lara.Farr terduduk lemah di atas tangga.Berbekalkan kudrat yang ada dipegang kemas besi penghadang tangga.Air mata menitik laju.Rasa hiba.Bungkam menjadi satu.Dugaan ini menyebabkan dia merana.Cinta yang terpaksa dibuang pergi.Farr meratapi rasa yang mencungkil hati.

'Maafkan Farr.Maafkan Farr.I do love u too.But i can't L.I can't.'
Tangisan makin menggila.Lagi menyedihkan bila teringat saat 3 bulan yang lalu apabila berderum bunyi enjin kawasaki ZX berhenti lama di depan rumah sewanya.Farr diam melangkah perlahan ke muka tingkap depan.Kelihatan L sedang menggoncangkan pagar rumahnya.
"Farr,where are u?please Farr don't be like this!You tahu i sayang u!You tahu i cintakan u.Kenapa Farr u buat i macam ni??Why farr?whyy?" soalan itu dibiarkan sepi.3 bulan Lara masih menanyakan hal yang sama.Hari-hari diberhentikan motor kawasaki ZX dihadapan pagar rumah sewanya.Dan selepas itu pasti ada bungkusan air Cappuchino Mocha disertakan sekali ditinggalkan di muka pintu pagar itu.Argghh L.Hati Farr makin hiba.

**********


Di kolej,Lara mundar mandir di hadapan dewan kuliah 3.Kelibat manusia yang ditunggu masih belum kunjung tiba.
"Eh,L.u buat apa kat sini?Tunggu Farr?" tanya Shaza
"Em,ye.Dia masih tak ke kelas ke syaza?Mana dia?I hari-hari datang rumah dia.Tak ada orang.Mana dia hilang Syaz?3 bulan i cari dia mcam orang gila.Mana dia??" Tanya Lara seakan merintih.Hatinya bagai dicarik-carik.Dia rindu pada Farr.Sangat Rindu.
"Em,L.I'm sorry.I brtul-betul tak tahu mana dia hilang.3 bulan dia lesap macam tu and now u tahu kan dia dah quit dari kolej ni?"
"What??Why syaza??Kenapa dia macam tu tiba-tiba?" Lara makin menggila.Hati dia.Sakit!!
"L...L....sabar!Orang tengok u macam ni." Pujuk Syaza.
"I peduli apa orang tengok.Mana dia Syaza?MANA??" Lara mula meninggikan suaranya.Dia rindu untuk melihat wajah kekasihnya.Dia rindu mendambakan cinta dari seorang gadis bernama Farr.Dia rindu untuk terus mencintai gadis itu tanpa jemu.Tapi kemanakah hilangnya kekasih hatinya?Dia tak mampu lagi menyembukan resah hati.Jiwanya terlalu perit.Dia penat berpura-pura dia bahagia tapi dia tidak.Dia tak mampu.Farr.Ye!Cuma gadis itu mampu mengembalikan keaslian kebahagiannya.Kemanakah dia??
"L..Farr sayangkan u.You kena tahu.Tapi dia...dia terpaksa ok.U jangan cari dia lagi lah ok.Lupakan dia L." Ucap Syaza perlahan-lahan.Tersekat-sekat suaranya di kerongkong.
"Apa u cakap??Lupakan dia??U......U..."


tiba-tiba***

"Kak syaza!Hai!Fazz tengah cari akak tadi.Call akak tak pick up pun.Akak,Kak Farr nak jumpa akak.Dia ada kat bawah kak.Cepatlah.Dia cakap cepat before Lara nampak dia." ujar Fazz dengan agak kuat tanpa menyedari Lara disebelah.
"U Fazz??" Tanya Lara tiba-tiba.
"Ye.Bro siapa?"
" Oh,adik Farr.where's is she now?" 
"Kat park bawah...anywa.....y....." belum sempat kata-kata dihabiskan berlari Lara menghala ke arah tempat parkir yang ditunjukkan Fazz.
"L!!!!!!!!L!!!!!!!Laraaaaa!!!!!!Jangan!!!!!!!!'' jerit Syaza.Tapi dia dah terlambat.
"LARA??" Fazz mula terpinga-pinga.Pucat mukanya apabila mendengar jeritan Syaza.
"Akak,matilah Fazz!"
"Memang pun!Kau cakap tak boleh kuat lagi?Damn!"



*********


''You keluar sekarang dari kereta!!'' Jerit Lara lantang di tepi kereta Honda vioss berwarna putih.Kelihatan Farr pucat memandang ke arahnya dari dalam cermin kereta.
"I tak nak!"
"I kata u keluar!U tak faham ke??" Jerit Lara lagi.Hatinya bukan marah.Tapi sayu melihat Farr yang pucat tanpa secalit gincu.Hatinya sebak melihat wajah yang makin cengkung itu.Tiga bulan,ye tiga bulan dia menahan rindu kerana seorang gadis.Tiga bulan dia sepi tanpa ketawa dan bahagia.Tiga bulan dia menahan derita mencintai.
"I takkk nak L....Please don't force me....." Rayu Farr sayu.Lara tersentap.Hatinya menangis.Suara itu sedih sekali.Tapi dia harus.Dia tak mampu menahan rasa rindu lagi.
"I kata keluar before I pecah cermin kereta ni!I cakap betul-betul Farr!!" Jerit Lara lantas dinaikkan helmet motornya untuk dihayun ke arah cermin kereta.
"Please...I tak nak L.Jangan paksa ok..."
"FINE!You.....nak tengok kan i betul pecahkan cermin ni!" Lara mula menghentak cermin kereta tersebut.Retak!
Farr panik lantas keluar dari perut kereta.Berdiri kaku di hadapan insan yang dicintai.
 'L.....I MISS YOU' Tapi dengarkah dia?Farr menahan air mata dari menitik saat melihat wajah sungul Lara di hadapannya.
"Farr...please...I LOVE You!I MISS you farr..i miss u!" ucap Lara lembut lalu dipeluk tubuh kurus itu ke dakapan.
"Please Farr,u jangan tinggalkan i.saya tanpa awak farr....Kosong..!Farr,awak tahu kan saya sayang awak sangat..saya ada buat salah ke Farr samapai lama awak pergi tinggal saya?Lama awak tak hubungi saya?Saya jahat ye Farr?Saya degil ye Farr??" Tanya Lara.Sayu nadanya.Dia sudah mula menangis dalam dakapan gadis yang dicintainya.
"Farr...saya jahat kan kalau tak tak akan awak lari dari saya?Pukul lah saya Farr.Makilah saya.Tumbuk saya Farr.Do anything what u want.But please sayang.....Jangan tinggal saya.Saya tak mampu Farr.Hati saya..Hati saya sakit sangat..." Tangisan itu makin panjang..makin meleret hingga menyebabkan Farr hampir kalah dengan hati sendiri.Sungguh Dia masih juga menginginkan Lara.Dia masih mencintai Lara.Kekasih hati yang cukup dipuja.Tapi apa kan daya.Dia.......
''Farr...saya ada awak sorang je..saya tak curang..Saya tunggu awak..Farr kenapa sayang?Awak ada masalah cakap dekat saya sayang..Farr,awak tahukan saya separuh Gila sebab awak sayang..awak hilang buat saya bimbang..Saya cintakan awak bukan main-main Farr..Please jangan macam ni lagi...Farr saya sanggup pindah ke rumah awak Farr..I wanna take care of u sayang..Saya sanggup..malam ni pun boleh Farr..please sayang...I love u..saya sakit awak tiada..saya rasa diri saya tiada bila awak hilang..saya hidup macam zombi Farr..Tiada jiwa..awak cinta saya Farr...." Farr menarik nafas.Sebak.Cuma itu dirasa.Tapi....
"L.....awak sayang saya kan??awak cintakan saya kan L?" Tanya Farr lembut.Lara yang masih merangkulnya menatap wajah Farr dalam-dalam.
"Saya cintakan awak Farr.Hati saya untuk awak.Jiwa saya diri saya semua saya memang milik awak sayang..."
Farr menarik nafas dalam-dalam.Hatinya meronta hiba dan kaku dihadapan insan dirindu.Dihelus lembut tangan Lara yang merangkulnya.Dikucup lembut dan digenggam kemas lama......
"Kalau awak SAYANG saya..Cintakan saya...please LUPAKAN saya...saya tak pernah sayangkan awak..saya tak pernah cintakan awak walau sekelumit...saya tak pernah simpan lama-lama pun apa awak cakap..saya cuma anggap awak mainan saya bila waktu bosan...awak tak bermakna bagi saya..saya tak rasa awak layak untuk orang macam saya..saya bukan untuk awak begitu juga awak...saya saja goda awak sebab saya nak test power..awak tak pernah saya cinta walau seminit sesaat awak tak pernah saya fikir...L,awak saya rasa macam mainan yang saya dah bosan..Patung lama yang dah hodoh buruk..dah patut saya buang..Dulu lagi....dan untuk pengetahuan awak...ucapan dan layanan yang konon saya cintakan awak...DUSTA..."
Berdesing telinga Lara mendengar ucapan itu.Hatinya hancur tatkala itu.Air matanya merembas keluar laju seakan sungai deras.Dunianya berputar laju.kelam gelita tanpa cahaya.
"Farrrrrr..................................................please........don't leave me........" 


***************

Cappuchino mocha [3]

Kaki dihentak-hentak.Baju yang dipakainya dibuka cepat.Sakitnyaa hati.ARghhhhhhhh!
Fasira yang sedang solat di dalam bilik tersentak.Cepat-cepat dia menjenguk ke muka pintu biliknya.

"Eh...Kau Ti'a.Awat ni?Jerit-jerit macam pontianak?" Dahi Ti'a berkerut.
"Heh kak?Pontianak menjerit ke mengilai?" terpinga-pinga sebentar dibuatnya.
"Haaa?Dah kau ni Ti'a.Manalah aku tau!Yang Hang doq pi tanya bukan-bukan ni kenapa?"
"Tak lah saya tanya sebab akak la doq kata jerit macam pontianak.Peliklah saya.Setahu saya pontianak tu mengilai tapi tak tahula kan."
"Eh kau ni Ti'a!Ada je nak perli aku la tuh!Tunggu sat aku pi tanya pontianak tu.Dia menggilai ka menjerit na!" Marah Fasira.
"Eh,akak ni emosional lak dia.Hahaha....lawak!Saya yang balik marah-marah akak pulak take over.Best la akak ni!Haha...." Ti'a ketawa terbahak-bahak melihak Fasira dah mula mencekak tangan di pinggang.Sebiji macam nenek kat kampung dia.Hahaha.......
"Ti'a!!!!!!Amboi hang,kalau dapat doq menggelakkan aku.Seronoq naaa!Ada aku sepuk pala hang sat gi ni!"
"Alah kak,jangan laaa.Bengap sat gi saya ni.Hahaha..akak ni leh ajdi pelawak tau.Nanti ape kata akak try audition raja lawak.Memang confirm juara kak!hehe.." Ti'a masih sibuk mengenakan Fasira dan sisa tawanya yang masih ada.hahaha....
"Ti'a oii.Sudahlah doq menggelakkan aku!Aku ni tak solat lagi doq risaukan hang balik-balik terus menjerit.Aku ingat apa lah tadi.Awatnya hang?"
Serta merta ketawa Ti'a mati.Sakit hatinya kembali.Rasa mahu menjerit lagi.
"AAARRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!" jeritnya lantang.
"Oii mak hang langit jatoh tergolek!!labu jatuh berkulat!oppooocoot!!" Fasira mula melatah panjang.Ti'a yang tadi menjerit mula ketawa berdekah-dekah.
"Hahahaha...akak!hahaha..sat-sat...hahahaha................"
Ti'a memgang perutnya.Senak menahan gelak.Bercakap dengan Fasira memang bibirnya tak lekang dengan senyuman dan tawa yang menggilai.hahaha....
"Eh,hang ni!Buat aku terkejot ja!Aku cepuk sungguh kang!!"
"Hahaha..akak jangan kak!hahaha...ok..ok..sy dah tak gelak..senyum je ok..hahahaha..."
Fasira mula memasamkan muka.mencuka je.Ti'a yang melihatnya mula meledakkan bom ketawanya lagi.
"Ti'a!!Hang ni awat??Kena rasuk dengan hantu menggilai ka?Aduh!Tu lah hang baliq magrib-magrib..!" Fasira mula berceramah macam nenek-nenek.Telinga Ti'a ditarik.Mengaduh panjang Ti'a menahan kesakitan.
"Akakkk!!aduiiii.......!dah la.sakit kak!Ti'a tak gelak dah.maafkan tia...!"
"Ha!Tau pun hang!heh!Aku doq risau dia doq main-main ja!Hang awat?Ce cita ce cita.Habaq mai kat aku!"
Ti'a menarik nafas panjang.
"Kan hari ni Ti'a gantikan Nora kerja kat Cafe tu.Adalah mamat ni.Dia buat Ti'a hangat je!"
"Apaaaa?kuang ajaq nya!!Meh aku pi kokaq kepala dia!" Fasira naik angin tiba-tiba,
"Tu ah kak!Ade ke dia nak order Cappuchino mocha dia doq habaq Cappuchi cappuchi ja.Mana lah Ti'a paham.Hangat sungguh Ti'a.Dah tu nak naik angin je tau!"
"Sat-sat!Ti'a hang cakap dia hangatkan hang??"
"Yelah!Dia buat Ti'a hangatlah.Order tak full name dah tuh buat macamlah Ti'a leh baca apa dia doq pikiq.Menyampah je!"
"Laaa.Aku mati-mati doq ingat dia raba hang ka apa ka.Tu je.Yang hang pun satu.Hangat sangat wat pa?Dia salah sebut je.Tak full.Hang doq marah lagu tu memang la dia hangat jugak!"
"Laaa akak ni!Bukan nak back up Ti'a.Duk backup mamat bajet tu wat pa!Dahla bongkak!Sombong!"
''Hang pun salah Ti'a.Dia tu customer.Hang pelayan,so kena la paham.Maybe dia tak tau full name cappuchino tu.Hang mana tau masalah dia."
"Heh,tak kan lah full name air tu pun tak tau!Gila bodoh tu!Dia sajalah tu macam la Ti'a nak terpikat dengan dia.Macam bagus!Tuih!" marah Ti'a lagi.
"Sudah,yang hang doq pi marah lagu ni.Ada dapat untung berjuta ka?Pi mandi solat Ti'a!" bebel Fasira.
"Yelah akak pun backup lah orang lagu tu.merajuk la Ti'a!!" Ti'a terus menapak ke biliknya dengan omelan kecil.Geram!
Dalam hatinya masih menyumpah mamat berkemeja T merah tersebut.Di minda menconggak-conggak akan membalas kembali perbuatan mamat tersebut seandainya berjumpa lagi.
'Jagalah kau nanti!Ada lori ada bas aku balas nanti!'

Cappuchino mocha [2]

Lara mengomel sendiri di depan kaunter order cafe D' Lovar.Tapi sebijik perkataan pun tak jelas kedengaran di telinga sesiapa.Cuma mimik bibirnya saja bergerak dan seakan kebengangan.

"Yes,may i help u?Nak order apa sir?" Tanya pelayan di kaunter cafe tersebut ramah.
"Cappuchi mocha satu.Caremel lebih." Jawab Lara bersahaja.Jari jemarinya mengetuk-ngetuk meja kaunter perlahan-lahan.
"Sorry,Cappuchi?Can u describe more sir?" Tanya pelayan itu dengan dahi yang berkerut-kerut.
Lara benggang.Keningnya diangkat tanda kurang senang.
"Cappuchi la!Aku nak describe cam ne lagi?Kau reti ambik order ke tak ha?" Marahnya meledak.
"Sorry sir.Saya tak faham.Cappuchi tu stand for what?"
"Mangkuk dol!Cappuchi la!Kau ni tak faham ke?Aku order Cappuchi mocha.So.ape yang tak faham?"
Pelayan yang berambut perang itu menggigit bibir tanda menahan geram.Dia bertanya lain pula pelanggan gile ni bagi jawapan.Nafasnya turun naik.Kalau bukan sebab menggantikan tempat Nora teman serumahnya memang dah lama dia baling mamat depan ni dengan kerusi!
"Sir,saya tanya.Jawaplah jawapan yang munasabah.Bukan maki hamun sir." Tegurnya perlahan.Nafas dikawal tenang.Masih nampak cool walhal memang dia rasa mau sepak terajang customer berlagak di hadapannya ni.
"Eh,aku dah jawaplah!Kau tu bodoh nak mampos!Kan aku kate aku nak Order cappuchi mocha satu.Aiseh minah ni.Hangat do!"
Suasana yang makin panas itu membuatkan maya cepat-cepat ke kaunter.Bibirnya dicalitkan senyuman manis buat Lara.
"Err Sir,may i help u?Sorry for our bad.She's new here." Maya terus-terusan menghulurkan senyuman.Sempat juga dia melirik ke arah Lara yang tampak bergaya memakai Kemeja T merah bersama short pants berwarna putih.
"I mintak Cappuchi Mocha 1.extra caramel.Is'it hard to take my order miss??" Perli Lara dengan nada separa tegang.
"Oh,Nope Sir.Cappuchina mocha extra caramel.I understand.Please wait for a while." Balas maya lantas tersenyum lagi.Sikunya di kenakan ke perut gadis disebelahnya.
 'lain kali tak tahu kerja jangan ganti oranglah bodoh!' bisiknya perlahan.
Gadis itu menggenggam kemas cawan berisi cappucihino mocho kemas.Dihulurkan ke arah pelanggan dihadapannya dengan muka tegang.
"Your order cappuchiNO mocha extra caramel Sir!" suaranya kasar dan nada mendatar.
"Hei No sorry??" Lara mula menyakitkan hati dengan tingkah bicaranya.
"Kau ingat aku nak minta maaf ke??" Balas gadis itu geram!
"EHEM!" Maya mula berdehem tanda tidak puas hati.
"Sorry!!LOSER!" lantas gadis itu berlalu dari meja kaunter.Lara tersentap.
 'LOSER??AM I??'
"Err...Sorry Sir.Saya minta maaf bagi pihak dia.Saya Maya Supervisor kat sini.Saya minta maaf atas keterlajuan bahasa pekerja saya." Ucap Maya lembut.Lara mengetap bibir lalu melangkah keluar tanpa sebarang reaksi.

Cappuchino mocha [1]

Pagi yang cukup cerah hari ini membuatkan Lara tersenyum panjang.Hari ini tak perlulah dia menumpang kakak sulungnya ke kolej lagi.Dia boleh menunggang motor kawasaki ZX  kesayangannya yang berwarna hitam. Makin meleret senyuman Lara bila melihat mamanya yang sibuk menyediakan sarapan.

"Haa L.....hari ni seronok le kamu ye blh membawok baby kamu tu pergi kolej." Perli Mak yam pembantu rumah mereka.Lara cuma tersenyum meleret dan mengangguk laju.Pipi Mak Yam dikucup lembut.
"Macam besa lah Mak Yam.Baby saya tu mane leh tinggal!Nangis dia wo!hehe....."
"Kamu tu memang L,papa nak bagi kamu kereta tak nak..ape lah sangat kawasaki kamu tu..dah lah tonggek je kalau naik.Tak selera lah akak tengok..." Sampuk Kak Lira yang baru sahaja menapak masuk ke dapur.
"Biarlah dia Lira,mama ni dah jemu lah cakap dengan L ni..jangan sampai nanti mama sedekah free je kat Pak Mat kamu tu..Dah jom breakfast!Kamu sekali Yam marilah." Mama yang siap menyediakan sarapan terus menepuk bahu Anak sulungnya Lira.
"Eh kak nak bagi si Mat ke kawasaki tu?Hm,seronok juga Yam.Bolehlah nayang kat Timah kat kampung.Dia naik bespa cabuk je..Yam naik kawasaki lagi tu dengan Mat..terbaiklah!!hehe..." Mak Yam mula melawak dengan mama di pagi hari.Mama cuma mampu tersenyum je melihat gelagat Mak Yam.
"Yam Yam..Kamu ni Kalau akak cakap ade je kan." Mak Yam senyum tersipu-sipu dengan majikannya itu.
Sementara Lara masih tersenyum meleret menapak ke meja makan di ruang selera.Di Minda dia yang kekadang tercabut wayar tu..dia membayangkan sendiri bagaimanalah agaknya rupa Pak Mat suami Mak Yam tu menunggang kawasaki kesayangannya dengan membonceng Mak Yam.Dah la Pak Mat tua tambah pula dengan Misai lentik dan perut boncit.Perghhh..mesti lucu!hahaha...Mak Yam pula dengan kiuut Miuutt gebu pakai kain batik lipat depan menonggek kat belakang..Fuyooo!!!Lara ketawa terbahak-bahak sendiri.
"Kamu kenapa L?Pagi-pagi papa tengok dah ketawa sorang-sorang?Tercabut wayar ke apa kamu?" Tegur papanya lantas menarik kerusi utama di meja makan.
"Eh papa.Tak ada lah.Ni ha mama cakap nak bagi baby L dekat Pak Mat dengan Mak Yam.Lawaklah!hahaha.." Lara masih menyambung sisa tawanya yang mengerutkan dahi ke empat-empat mata di situ.
"Lara Lara.Tak ada keje ke apa yang kamu pergi bayang Pak mat dengan Mak Yam naik motor kamu tu?Tak habis-habis dengan lawak kamu ni.Mama betul ke nak kasi si baby L ni ha kat Pak mat?Senang papa tukar nama terus ni." Tanya Papa dengan nada yang serius.
Lara yang ketawa terbahak-bahak bungkam secara tiba-tiba.
"WHATTTT?MY BABE?NO!!!" Lara terus berlari bertempiaran menuju ke arah Kawasaki ZX kesayangannya dan tak sampai 5 minit dia lesap tanpa bayangan.
Papa cuma tergelak melihat gelagat anak bongsunya itu.Gila sungguh dengan Kawasaki ZX nya tu yang konon-konon baby dia.
"Papa ni,kesian L tu tak makan pun breakfast lagi tau." Tegur mama lembut.
"Biarkan dia mama,asyik dia menyakat orang lain.Biar papa pulak pekena dia.hahaha..." Semua ketawa mendengar telatah papa yang memang rajin mengena anak bongsu rumah agam itu.