Pagi yang cukup cerah hari ini membuatkan Lara tersenyum panjang.Hari ini tak perlulah dia menumpang kakak sulungnya ke kolej lagi.Dia boleh menunggang motor kawasaki ZX kesayangannya yang berwarna hitam. Makin meleret senyuman Lara bila melihat mamanya yang sibuk menyediakan sarapan.
"Haa L.....hari ni seronok le kamu ye blh membawok baby kamu tu pergi kolej." Perli Mak yam pembantu rumah mereka.Lara cuma tersenyum meleret dan mengangguk laju.Pipi Mak Yam dikucup lembut.
"Macam besa lah Mak Yam.Baby saya tu mane leh tinggal!Nangis dia wo!hehe....."
"Kamu tu memang L,papa nak bagi kamu kereta tak nak..ape lah sangat kawasaki kamu tu..dah lah tonggek je kalau naik.Tak selera lah akak tengok..." Sampuk Kak Lira yang baru sahaja menapak masuk ke dapur.
"Biarlah dia Lira,mama ni dah jemu lah cakap dengan L ni..jangan sampai nanti mama sedekah free je kat Pak Mat kamu tu..Dah jom breakfast!Kamu sekali Yam marilah." Mama yang siap menyediakan sarapan terus menepuk bahu Anak sulungnya Lira.
"Eh kak nak bagi si Mat ke kawasaki tu?Hm,seronok juga Yam.Bolehlah nayang kat Timah kat kampung.Dia naik bespa cabuk je..Yam naik kawasaki lagi tu dengan Mat..terbaiklah!!hehe..." Mak Yam mula melawak dengan mama di pagi hari.Mama cuma mampu tersenyum je melihat gelagat Mak Yam.
"Yam Yam..Kamu ni Kalau akak cakap ade je kan." Mak Yam senyum tersipu-sipu dengan majikannya itu.
Sementara Lara masih tersenyum meleret menapak ke meja makan di ruang selera.Di Minda dia yang kekadang tercabut wayar tu..dia membayangkan sendiri bagaimanalah agaknya rupa Pak Mat suami Mak Yam tu menunggang kawasaki kesayangannya dengan membonceng Mak Yam.Dah la Pak Mat tua tambah pula dengan Misai lentik dan perut boncit.Perghhh..mesti lucu!hahaha...Mak Yam pula dengan kiuut Miuutt gebu pakai kain batik lipat depan menonggek kat belakang..Fuyooo!!!Lara ketawa terbahak-bahak sendiri.
"Kamu kenapa L?Pagi-pagi papa tengok dah ketawa sorang-sorang?Tercabut wayar ke apa kamu?" Tegur papanya lantas menarik kerusi utama di meja makan.
"Eh papa.Tak ada lah.Ni ha mama cakap nak bagi baby L dekat Pak Mat dengan Mak Yam.Lawaklah!hahaha.." Lara masih menyambung sisa tawanya yang mengerutkan dahi ke empat-empat mata di situ.
"Lara Lara.Tak ada keje ke apa yang kamu pergi bayang Pak mat dengan Mak Yam naik motor kamu tu?Tak habis-habis dengan lawak kamu ni.Mama betul ke nak kasi si baby L ni ha kat Pak mat?Senang papa tukar nama terus ni." Tanya Papa dengan nada yang serius.
Lara yang ketawa terbahak-bahak bungkam secara tiba-tiba.
"WHATTTT?MY BABE?NO!!!" Lara terus berlari bertempiaran menuju ke arah Kawasaki ZX kesayangannya dan tak sampai 5 minit dia lesap tanpa bayangan.
Papa cuma tergelak melihat gelagat anak bongsunya itu.Gila sungguh dengan Kawasaki ZX nya tu yang konon-konon baby dia.
"Papa ni,kesian L tu tak makan pun breakfast lagi tau." Tegur mama lembut.
"Biarkan dia mama,asyik dia menyakat orang lain.Biar papa pulak pekena dia.hahaha..." Semua ketawa mendengar telatah papa yang memang rajin mengena anak bongsu rumah agam itu.
No comments:
Post a Comment