"Farr,kau tak rasa ke L patut tahu kebenaran semua?Kau tak kesian kan dia ke Farr?Sampai pengsan dia dengar kau cakap kau tak pernah sayang dia." Tanya Syaza dengan nada bersimpati ke atas temannya Lara.
"Syaza,aku bukan sengaja.Dan aku bukan saja-saja nak lukakan hati dia.Kau tahu kan kenapa aku buat macam ni?Aku tak nak hati L makin terluka.Aku sedih Syaza.Aku pun sayang dia tapi..kebenaran tu akan lebih menyakitkan nanti.Biarlah now dia rasa aku tak pernah cintakan dia.Itu jalan terbaik tuk buat dia lupakan aku Syaza." Luah Farr,sesekali diseka air mata jernih yang menitik.Dia tahu dia rasa apa yang dialami Lara sekarang dan dia turut terluka terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya.Tapi apakan daya.Dia terpaksa dan cuma itu yang mampu merungkaikan semua masalahnya kini.
"Aku faham Farr,Just aku kesian sangat dekat L.she's hurt a lot Farr.Aku tak pernah tengok dia macam tu selama 3 tahun aku berkawan dengan dia.Aku takut dia buat something stupid." Keluh Syaza.Fikirannya buntu.Dia sayangkan teman-temannya.Lara dan Farr dua-dua sahabat karibnya di kolej semenjak tahun pertama.Dia tak sanggup tuk terus tersepit dalam kancah permasalahan cinta Lara dan Farr.Dia serba salah.
"Aku harap aku mapu buat dia lupakan aku.Tolong aku Syaza."
"Em,kalau ikutkan hati aku Farr,aku malas sangat nak masuk campur hal korang berdua ni.Aku tersepit tengah-tengah.Tapi...tengoklah.I'll try my best."
"Thanks a lot Syaza.Aku hargai sangat.Aku minta maaf aku menyusahan kau."
"Tak apa la.Apa gunanya kawan kan kalau tak boleh tolong.But kau kena janji kau jangan lagi buat hal macam tadi sampai si L tu pengsan and frust gila!Tolong ek." Ujar Syaza sebagai tanda peringatan.
"Ye..aku janji Syaza.Aku cuba.Thank's." Farr mengorek senyuman di bibirnya walaupun hakikatnya payah.
**********
Matanya dibuka perlahan.Perit!Cuma itu yang mampu dilontarkan dari perasaannya saat ini.Wajah-wajah yang dia sayang semua ada disekelilingnya.Menunggu dia bersuara.Dengan payah dan perasaannya yang makin mengsiatkan jiwa dia mengukir senyuman terpaksa.
"Mama,papa...eh,Pak Mat dengan Mak Yam pun ada sama.Kenapa penuh beno bilik L ni?hahaha..."
Mama mengangkat kening memberi signal geram.
"Eh kamu ni L!Mama papa..Mak Yam dengam Pak Mat kamu,Kakak kamu semua risaukan kamu tiba-tiba collapse dekat parking kolej tu.Kamu ok ke tidak?Tu lah mama kata jangan naik motor,kamu tu penat lepas tu mana larat nak bawak motor.Kan dah pengsan kat situ!Mama ni risau tahu!" Mama sudah memulakan mukadimahnya. 'membebel'
Lara meleret tersenyum.Hati kecilnya berbisik sendiri.
'Ma...andailah mama tahu apa yang L rasa dalam hati ni sekarang.Nak ke mama tolong L?Maa..buat pertama kali L sayang orang..L cintakan dia ikhlas ma..Tapi dia lukakan hati L..dia tipu L ma..Dia tak sayangkan L..dia cakap Dia cinta L dusta...L sakit ma..L sakit sangat..'
Tiba-tiba air hangat mengalir dari mata jernihnya.Mama tersentap begitu juga Papa,Mak Yam dan Pak Mat.
"L kenapa ni nak?Cuba cakap dekat Mak Yam.L menangis tiba-tiba kenapa?Riso le Mak Yam nengok nye ni." Lara menghadiahkan sebuah senyuman lagi kepada wanita yang berumur separuh abad itu.Wanita yang gigih dan sentiasa ada disampinya dan keluarga dia tak kira bila-bila masa.Lara bangun dari katil dan duduk mengadap ke mata-mata yang memerhati.
"L minta maaf mama,papa,Mak yam dengan Pak mat.L penat sangat study dengan buat assignment yang melambak tu.Tu agaknya L boleh terpengsan kat parking lot.Sorry ye,L ni penat tak cukup tidur agaknya je."
Lara memberi alasan yang munasabah.Tak sanggup rasanya membiarkan orang-orang kesayangannya bimbang hal dirinya.Memang di akui dia sedang menghidapi sakit putus cinta.Tapi biarlah cuma dia saja yang tahu.Dia tak nak mereka semua sedih seperti dia.
"Betul sebab tu je L pengsan?Jangan tipu dengan papa.I'll call your kolej tanya lecturer yang bagi banyak sangat assignment kat anak papa ni.Dia ingat dia lecture dia boleh buat sesuka hati je kat student?boleh kerah itu ini!siap buat student tak cukup tidur.Ini Tan Sri Lann.Jangan main dengan papa." Papa mula melontarkan kemarahannya.Dia bimbang.Lara anak bongsunya.Dia tak sanggup kehilangan anak buat kali kedua.Sungguh dia perit untuk kehilangan cahaya matanya lagi.
"Papa..L ok je.Don't worried.I'm almost 20 papa.Dah besar dah.Jangan fikir bukan-bukan.L memang penat sangat je.Dah let me sleep ok.Papa janganlah marah merepek-repek.Lawak lah L dengar.hahaha..."
"Yelah Bang,Mat pun rasa macam tu.Tadi kita sendiri dengar yang doktor kata L ni penat je sebab tu dia pengsan kan.Bagilah L berehat secukupnya.Lagi pun dia dapat MC kan untuk semiggu.Duduk rumah L,rehat." Pak Mat menepuk-nepuk bahu papa tanda memberi keyakinan.Lara tersenyum tanda mengiakan kata-kata Pak Mat.
"Em L,tidur ok.Jangan tak tidur pulak.Ke nak mama temankan?"
'Eh mama ni..macamlah L ni baby je.Tak nak lah L!Baik mama temankan je papa tu.Thanks je lah." Lara senyum memandang mama dan papanya.Dia ikhlas.
"Em L,tidur ok.Jangan tak tidur pulak.Ke nak mama temankan?"
'Eh mama ni..macamlah L ni baby je.Tak nak lah L!Baik mama temankan je papa tu.Thanks je lah." Lara senyum memandang mama dan papanya.Dia ikhlas.
Sepuluh minit kemudian Lara lega kerana dia tidak lagi disoal berulang kali.Dia ditinggalkan sendirian di dalam bilik tidurnya.Lara mula merasakan yang hatinya bertambah perit.Lantas tanpa dia sedar,manik-manik jernih mula menitis ke pipi bersama malam yang sepi.
Di sisi katilnya ditarik sebuah laci,diambil satu album berwarna hitam lalu dibelek perlahan.Satu persatu foto itu ditatap.Bersama deraian air mata.Lara hancur dilebuh malam.
'Sampainya hati awak Farr...saya tak sangka awak cakap awak tipu saya..awak tak pernah cintakan saya Farr..kenapa Farr??kenapa?Apa salah saya kat awak Farr?3 tahun kita bersama..apa silapnya?Kat mana?Please bagi tahu saya..saya sanggup changes apa je untuk awak farr..tapi jangan tinggalkan saya..mana semua janji awak dulu kat saya?Susah senang kita bersama.Walau perit kita berdua..cuma saya yang awak cinta selamanya..mana FARR???kenapa saya Farr yang awak lukai?Kenapa sekarang selepas saya nekadkan hati cuma awak cinta pertama dan terakhir saya?Kenapa tak dulu farr?3 tahun bukan sekejap bukan seminit..Sampainya hati awak farr..cepat manusia berubah..saya tak sangka awak sejahat ni kat saya..Saya tak tahu mana silapnya saya dengan awak..mungkin saya tak sehebat lelaki Farr..saya tak sekacak mereka dan saya memang seorang manusia kurang sempurna..tapi saya ada hati Farr..saya ada hati...sakit sangat torehan yang awak toreh di hati saya ni..lukanya dalam Farr..saya rasa sakit ni hampir buat saya mati..Farr..saya masih cintakan awak..saya cintakan awak farr..saya tak kisah awak tak pernah cintakan saya ke atau tidak...saya terima dan saya sanggup tunggu..sebab saya memang segilanya mencintai awak FARR...'
Rintihan demi rintihan bersama air mata dan gambar mereka berdua digenggam.Lara hanyut dengan luka hatinya.Dia berduka.Hatinya bagai disiat laju-laju.Dia 'mati' dalam dunia cintanya bersama Farr dan kesakitan yang dirasanya.
' FARR...AKU CINTAKAN KAU!'
No comments:
Post a Comment